Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Hati-Hati Buat Pelajar Yang Memasuki Semester Baru Di Universiti, Jangan Terjerumus Dalam Skim ‘Perniagaan’ Ini

No Comment

Setiap tahun pelajar akan berhadapan dengan semester baharu, yang mana setelah bercuti selama beberapa minggu, atau bulan, kini sudah tiba masanya jadual pengajian bermula kembali.

Mungkin ada yang ‘excited’ bila mana masuk ke semester baharu, bukan sahaja dapat belajar subjek baru, tetapi juga wang pinjaman PTPTN, atau biasiswa pun akan masuk juga. Ini ada;ah saat yang paling dinanti-nantikan oleh semua pelajar, kerana mereka akan ‘kaya’ buat sementara waktu.

Tapi, bukan sahaja pelajar yang akan bersorak gembira, buat ejen-ejen MLM di luar sana pun sama juga, kerana inilah masanya untuk ‘brainwash’ pelajar akan ‘perniagaan’ yang mereka jalankan. Untuk itu, pelajar seharusnya tahu, bagaimana untuk berfikir, dan kenal pasti ciri-ciri MLM yang ada, perkongsian dari saudara Muhammad Musoddiq Bin Jaafar ada kongsikan mengenai perkara ini.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.


Hati-hati adik-adik yang masuk sem baru. Anda adalah target. Duit PTPTN dan duit Biasiswa adalah untuk anda belajar.

Kalau nak cari income, juallah produk yang untung daripada benda physical seperti tudung ke, kasut, nasi lemak ke, apa-apa sahaja.

Elakkan perniagaan yang kena cari orang. Memang nampak macam legit, tetapi tak ada satu pun kawan aku yang kaya hasil daripada cari orang ni.

Jangan percayalah kononnya kata nak tolong Bangsa dan Agama. Jangan percayalah kononnya ustaz, tetapi ada skim berniaga itu ini, bulan-bulan dapat income sekian-sekian.

Dari luxor sampailah ke herba-herba ni. Semua sangkut tepi jalan. Konon nak pakai kereta honda, last-last, honda EX5 je rupanya (bukan nak hina honda EX5, tetapi ini contoh orang yang tak serupa bikin). Kononnya income ratusan ribu, tetapi tersontot nak bayar balik hutang rakan-rakan.

Tarik Ahli Keluarga

Yang lagi keji, upline kau akan suruh kau minta ahli keluarga kau buat loan untuk kau masuk perniagaan. Itu upline SETAN tahap IBLIS!. Merosakkan orang.

Berhutang

Sampaikan ada kes di UM ni, pelajar pinjam puluhan ribu ringgit daripada lecturer dengan buat alasan parent sakit. Tetapi duit tu sebenarnya buat labur MLM. Bila dah tak dapat bayar, jadi malu dan mula tak datang kelas. Pelajaran entah ke mana, hutang pun keliling pinggang.

Kereta Mewah

Ya, ada kawan aku pakai kereta mewah hasil MLM. Memang untung dari MLM tu dia beli kereta mewah, tetapi dia masih duduk rumah sewa. Macam lagu "Amboi - Altimet". Dan ada sorang kawan aku tu, dia pakai kereta dari German. Tak sampai setahun, dengar dari kawan kereta dia kena tarik. Sebab "Bonus" pelaburan dia asyik sangkut.

Konflik Keluarga

Lagi menyedihkan, satu keluarga kawan aku ni join Mecca Fund. Nak dapat duit balik pun tak dapat dah. Semua tersontot. 1 keluarga haru biru. Gaduh adik beradik dan gaduh dengan parent. Balik kampung muka masam-masam. Ada yang menyebabkan sedara mara kena blacklist sebab jadi penjamin. Dapat call dari bank tiap-tiap bulan sebab benda jadi penjamin kakak, abang, anak sedara, dan saudara mara yang lain.

Makanan Tambahan

Ada yang join MLM makanan tambahan, sebab dapat dapat jual barang, paksa adik beradik beli. Expired date dah dekat, tetapi barang masih berkotak-kotak. Time tu, terpaksalah mereka cakap makanan tambahan ni ubat. Boleh itu, boleh ini. Lagi best, kononnya makanan tambahan ni boleh ubat sakit kronik dan menyebabkan kematian kerana mempengaruhi pesakit untuk tidak menjalani rawatan konvensional.

Time ni sebenarnya kau boleh jual balik kepada syarikat tu dalam tempoh 6 bulan dengan harga setinggi 95% daripada harga asal. Tetapi company MLM kau tu takkan beritahu benda ni. Know your right! Syarikat jualan langsung mesti ada polisi beli balik!

Rujuk : Pautan Ini


MLM Elak Polisi Beli Balik

Ada syarikat MLM yang bijak. Sebab dia nak elak polisi beli balik ni. Dia suruh kau bukak syarikat. Hasilnya company kau tu beli barang dari company dia. Dan benda ni kau pergi tribunal pengguna pun tak dapat buat apa-apa dah. Sebab ini antara company dan company, bukan pengguna dengan company.

Struktur Pangkat

MLM ni banyak buruk dari baik. Ada yang kata, skim piramid MLM ni sama dengan piramid di syarikat.

Tak sama adik-adik. Tak sama. Struktur pangkat di syarikat adalah berdasarkan kelas dan datang dengan tanggungjawab yang lebih. Lagi banyak orang bawahan, lagi banyak komitmen dan tenaga yang diperlukan. Malah, requirement untuk menjadi kelas atas dalam syarikat memerlukan skill dan professional yang tinggi. Bukan sekadar karisma dapat cari orang.

Sruktur Piramid MLM ajar kau, lagi tinggi pangkat kau, lagi goyang kaki kau. Sedangkan kau perlu tahu, kau adalah parasit kepada downline. Kau sedut kepayahan downline kau dengan ambil komisen downline kau.

Kalau MLM kau tu, asyik cakap pasal jutawan dan produk pun samar-samar je. Itu tanda kau akan tersontot satu hari nanti.

Kalau dia kata, labur sekian-sekian, kau duduk diam goyang kaki dan duit masuk tiap-tiap bulan. Stop it, itu juga tanda kau akan tersontot satu hari nanti.

Selain itu, ianya adalah riba yang nyata.

Ya, akan ada orang nak justifikasikan yang MLM company dia tu lain dari yang lain. Kita ni pandukan kepada barang dan komisen daripada cari orang ni sikit. Yang tu terpulanglah pada kau. Kalau kau rasa cari orang lagi untung dari jual barang company tu. Kau hentikanlah join MLM tu. Tetapi jual barang lagi untung dari cari downline, terpulang pada kau untuk stay.

Ya, sekarang ni ada MLM patuh syariah. Itupun suka hati kau lah. Tetapi kalau untung cari orang lagi banyak dari jual barang, macam di atas, kau hentikanlah MLM tu. Kalau untung jual barang lagi tinggi dari cari orang, ikut kaulah nak teruskan atau tidak.


Ciri-Ciri MLM

Tetapi kau perlu tahu something bila kau buat jualan langsung MLM (jual barang lagi untung dari cari downline). Ada ciri-ciri di bawah, kau hentikanlah niat nak join.

1. Yuran pendaftaran yang mahal

Kalau sampai yuran beribu-ribu ni, kau jangan join. Sebab confirm ni money game untuk ambil komisyen daripada yuran pendaftaran.

2. Barang yang mahal dan tak masuk akal

Contohnya esktrak buah-buahan. Ada yang jual 200 mg dengan harga RM80-120. Kalau kau semak semula di aliexpress ke, ebay ke, alibaba ke, confirm kau akan jumpa 1kg yang harga RM150-200. Basically, tiga kali ganda yang murah. Nak lagi murah, baik kau beli buah dia terus dari pasar. berganda-ganda murah. Tak perlu makan ekstrak buah yang diawet.

3. Elakkan barang yang kononnya superfood dan ubat itu ubat ini

Makanan tambahan is MAKANAN TAMBAHAN! Bahasa Inggeris dia SUPPLEMENT! Supplement ni kau ambil sekiranya zat dari makanan harian tak mencukupi. Contoh seperti ibu mengandung yang ambil zat besi, vitamin B2, dan asid folic. Atau ibu menyusu yang ambil vitamin dan zat untuk penghasilan kalsium yang lebih. Bukannya kau dah cukup zat dan vitamin, kau makan lagi zat dan vitamin.

4. Jangan beli barangan produk sains palsu

Simple je nak kenal benda ni. Kalau kononnya 1 ubat ni, boleh sembuh banyak penyakit. Tu membohong. Kalau di hospital pun, 1 penyakit ada beberapa ubat. Malah ubat pun berbeza dari fizikal seseorang. Contoh ubat orang kulit hitam tak sama dengan orang asia. Malah, ada beberapa jenis ubat yang berbeza untuk penyakit yang sama. 

Seperti ubat untuk darah tinggi jenis A menyebabkan kamu asyik batuk, pasti ada ubat darah tinggi jenis B sebagai alternatif dan tak bagi efek yang sama. Mak saya antara orang yang dapat ubat alternatif untuk ubatan beliau.

Atau satu mesin ni, boleh ubat macam-macam penyakit. Itu awal-awal lagi dinasihatkan untuk lari. Ciri utamanya, confirm harga beribu-ribu dan kau terpaksa habiskan wang yang banyak untuk benda yang overclaim tu.

Kalau stemcell dalam kopi dan makan kolagen tu, sah-sah tak benar sekiranya mengatakan untuk memutihkan kulit.

5. It's all about money

Yang ni lah ciri utama kau perlu lari dari join. Dari awal perkenalan dengan MLM tu, asyik cakap pasal jutawan, kaya raya, bantu mak bapak, good vibes lah, dan berbagai lagi yang kononnya minda positif atau aura kaya-raya ni.

Jangan terpedaya dengan basuhan otak jenis tu. Kebanyakannya akan berakhir dengan produk dia adalah "akidah" dan syarikat dia adalah "agama".

Short dari aku, kau adalah minion bagi upline kau untuk generate duit. Dia goyang kaki dan pakai air liur, kau adalah mangsa kerahan duit dan tenaga untuk mengkayakan dia.

Don't be fool.

Dari aku, jauhi terus MLM atau perniagaan yang ada bau-bau MLM ni.

Sebab banyak yang tak ke mana. Bonus yang kononnya dapat tiap-tiap bulan tu, kebanyakkannya daripada overprice produk atau komisen dari yuran downline.

- Siakap Keli

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli