Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Hasilkan Benih Sendiri & Anda Sudah Boleh Tanam Buah Strawberi Di Beranda Rumah, Ikuti Cara Mudah Ini

No Comment

Mengidam nak makan strawberi mesti beli kat pasaraya, lepas tu mula la merungut sebab tak fresh, dah lama. Nak juga makan, kenalah pergi memandu sehingga ke Cameron Highlands, dah sampai sana barulah boleh menjamu strawberi yang ‘fresh’ sebanyak mungkin.

Tapi, kalaulah boleh tanam sendiri dekat rumah, bukan ke lagi mudah, nak makan, petik sahaja, mana tahu boleh jadi.

Dan ya, sememangnya anda boleh menanam sendiri strawberi, dan benihnya, anda juga boleh hasilkan sendiri, ingin tahu bagaimana, saudara Asri Meris ada kongsikan caranya.

Tanam Strawberi Sendiri Di Rumah

Cara paling mudah untuk buat benih strawberi. Boleh cuba sendiri di rumah. Sangat mudah. Cuma pastikan benih 'local' supaya senang tumbuh..

Kupas kulit strawberi, dan letakkan atas kertas tisu 

Keringkan selama beberapa hari.

Jika sudah betul-betul kering, benihnya akan tercabut sendiri.

Benih yang telah dikumpulkan, setelah beberapa hari dikeringkan 

Selepas beberapa minggu (yang ini 3 minggu) anda akan nampak ia sudah mula untuk bercambah.

Inilah hasilnya, banyak juga buah yang ada.


Sebaiknya tanam di balkoni, tanpa ‘direct sunlight’. Hanya kena cahaya matahari sehingga jam 11 pagi sahaja, dan siram air seminggu sekali. Gunakan benih ‘local’ bukan yang import supaya boleh tahan dengan cuaca di Malaysia. 

Sekiranya anda pergi ke Cameron Highland, atau Tuaran, mahu pun tempat yang ada jual buah strawberi (tempatan), boleh beli, dan cuba cara ini di rumah. Yang penting ikuti langkah, dan pantang larang yang telah dikongsikan ini. Selamat mencuba. - Siakap Keli

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli