Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Garis Lurus & Cat, Tips Untuk Naikkan Seri Dinding Dengan Kreativiti Sendiri Tanpa Menggunakan Kertas Dinding, Boleh Lakukannya Sendiri

No Comment

Untuk menghias rumah, sememangnya memerlukan sedikit kretiviti, macam mana nak susun kerusi, letakkan ‘frame’ gambar, atau hiasan kecil, ia ada ketikanya mengambil masa yang lama dalam menyusun atur setiap perabot.

Bukan itu sahaja, dinding juga merupakan salah satu aspek penting yang perlu dititikberatkan, lebih-lebih lagi yang mana dipanggil ‘feature wall’, iaitu dinding yang menjadi titik focus di dalam satu-satu ruang, sama ada ruang tamu, atau pun bilik tidur.

Menerusi perkongsian dari saudara Faizal Iman ini, anda boleh sahaja menaikkan seri dinding rumah, walaupun tidak menggunakan kertas dinding, dan ianya boleh disesuaikan dengan kerativiti, juga macam mana anda mahu dinding rumah anda dilihat.

Jom kita tengok macam mana caranya yang boleh kita buat.


TIPS MENAIKKAN SERI DINDING, TANPA MENGGUNAKAN WALLPAPER

" Kosnya Murah tetapi Hasilnya Mahal "

Disebabkan ramai yg bertanya, maka cikgu ingin berkongsi cara utk membuat 'stripes' atau corak abstrak pada dinding rumah

● ALATAN 

- Cat, Penimbang Air, Masking Tape, Pensel & Kad T&Go

● KAEDAH

1) Ketahui pattern 'stripes' & kombinasi warna yang anda ingin lakukan pada dinding. (Contohnya stripes lurus menegak, melintang, zick zack atau selang seli.)

2) Untuk mendapatkan garisan lurus, anda boleh menggunakan pensel & penimbang air .

3) Tampal masking tape pada garisan tadi. Untuk mendapatkan 2,3 layer cat yang berbeza, lakukan tampalan secara selang seli.

4) Gunakan tangan untuk meratakan tampalan tape. Kad keras seperti T&Go juga membantu.

5) Sapu cat ke atas dinding & tunggu sehingga betul-betul kering. (Kombinasi cat pada layer yang berbeza akan menghasilkan kombinasi yang menarik)

6) Sesudah kering, kopek masking tape tadi dengan berhati-hati agar cat dinding asal tidak tertanggal. (Tape yang sudah dipakai & masih elok boleh direcycle untuk tampalan lain)

7) Sekiranya ada defect, berus lukisan kecil boleh digunakan untuk membaiki semula cat stripes.

● KOS 

Kos yang selalu cikgu peruntukan untuk beberapa dinding bahagian rumah adalah seminima yang mungkin. (bergantung kepada jenis corak, cat & peralatan. )

※ Yang paling mahal sekali adalah kesabaran ...hehe..

Langkah-langkah Untuk Membuatnya


a. Tentukan stripes yang ingin dicat pada dinding kosong. (Buat garisan yang dikehendaki mggunakan pensel)


b. Tampal masking tape pada dinding.


c. Pastikan tape ditampal dengan kemas & lurus


d. Ratakan menggunakan tangan & kad


e. Cat ikut layer yang dikehendaki


f. Cat bahagian dinding yang lain


g. Tunggu sehingga cat betul-betul kering


h. Selepas kering, kopek masking tape dengan berhati-hati.


i. Tadaaa, ini hasilnya

Design abstrak - Satu layer . Paling mudah sekali.

- Siakap Keli







Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli