Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Foto & Video) 'Jumpa Daging Ia Beri Kepada Bangkai Ibunya, Tapi Ia Cuma Makan Ranting' - Anak Kucing Enggan Tinggalkan Ibunya Yang Telah Mati

Foto: SBS TV동물농장x애니멀봐

Satu video hiba merakamkan betapa kasihnya seekor anak kucing kepada ibunya biarpun ibunya itu sudah mati.

Dalam video yang dikongsi oleh laman Facebook SBS TV itu, kucing berkenaan dilihat berada di dalam satu sudut bangunan, menemani bangkai ibunya.

Foto: SBS TV동물농장x애니멀봐


Seorang lelaki dikawasan kejiranan itu berkata dia selalu melihat anak kucing tersebut bersama ibunya di kawasan sekitar sebelum ini.

"Anak kucing itu bersama ibunya sebelum ini. Tapi sejak beberapa hari kebelakangan ini, mereka tidak muncul. Jadi kami sedikit risau." kata lelaki tersebut.

Menerusi video yang dirakam, dilihat anak kucing terbabit asyik menjilat bangkai ibunya itu. Di sebelah malam, barulah anak kucing itu akan keluar untuk mengisi perutnya. Satu detik dari video turut merakamkan kucing tersebut meratah ranting kerana lapar.

Foto: SBS TV동물농장x애니멀봐

Selain itu turut terakam anak kucing tersebut menjumpai secebis daging di tong sampah berdekatan. Tapi ia tidak memakan daging itu. Sebaliknya ia membawa daging tersebut pulang untuk diberi kepada bangkai ibunya. Mungkin risau ibunya itu 'kelaparan'.

Foto: SBS TV동물농장x애니멀봐

Seorang veterinar berkata, anak kucing itu tidak tahu mengenai kematian dan mahu terus bersama ibunya.

"Kerana bangkai itu sudah rosak, ia mungkin akan dijangkiti jika berterusan begitu.

Dalam satu operasi menyelamat yang dilakukan oleh orang ramai, anak kucing itu cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap oleh mereka yang menunggu di luar.

Foto: SBS TV동물농장x애니멀봐


Anak kucing itu kemudian diberi rawatan.

Hasil imbasan mendapati batu kecil memenuhi perut anak kucing terbabit yang dipercayai dimakan ketika ia kelaparan.



Ketika diberi peluang untuk bersama bangkai ibunya buat kali terakhir, anak kucing itu duduk berdekatan dan enggan melepaskan ibunya pergi.

Foto: SBS TV동물농장x애니멀봐


Namun ia ditarik pergi oleh seorang doktor yang merawatnya.

Tonton video sedih itu dibawah:

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli