Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Foto Menyayat Hati Bapa Hanya Lihat Anak-Anaknya Nikmati Makanan di Restoran Makanan Segera Dikongsi Lebih 70,000 Kali



Satu foto - yang memaparkan seorang bapa duduk di atas kerusi sambil memerhati dua orang anaknya menikmati makanan di sebuah restoran makanan segera - menjadi viral sehingga dikongsi lebih 70,000 kali oleh netizen.

Difahamkan, foto itu dirakam di Filipina.

Pengguna Facebook, Jhunnel Sarajan memuat naik foto berkenaan yang diambil di Jollibee ketika bapa itu sedang sabar menunggu anaknya menikmati makanan di restoran berkenaan.

Jhunnel berkata dia berada di tempat kejadian ketika foto itu diambil.

"Saya tak dapat kawal emosi saya ketika melihat mereka di Jollibee. Lelaki ini tidak makan, hanya melihat anaknya makan.

Foto berkenaan viral sehingga mendapat perhatian dari pemberita tempatan.

Ketika ditemui oleh wartawan, lelaki dalam gambar tersebut, yang dikenali sebagai Ryan Arebuabo, berkata dia menjual jagung rebus di kawasan kejiranan sejak empat tahun yang lalu. Namun, dia tidak dapat bekerja berbulan-bulan lamanya kerana diserang strok.

Kini, Ryan bekerja sebagai penjual jajan di gerai kecil (yang disumbangkan oleh badan kebajikan) di sebatang jalan.

Foto: ABS-CBN

Difahamkan juga, Ryan adalah bapa tunggal. Pada awalnya si isterinya meninggalkannya dengan membawa kedua-dua anak, Rose Ann, 8 dan Rosa Mae, 6. Bagaimanapun, Ryan melawan balik dan berjaya mendapatkan hak jagaan untuk kedua-dua anaknya itu.

Dia juga berjaya memberikan pendidikan dan makanan secukupnya untuk anak-anaknya dengan bantuan kewangan bulanan dari kerajaan berjumlah P2,200 (~RM500) dan juga hasil jualan jajannya sekitar P150 (RM 30) sehari.

Kata Ryan, pada petang foto viral itu ditangkap, dia pergi ke Jollibee untuk meraikan anaknya, Rosa, yang akan habis sekolah tidak lama lagi.

Dia membenarkan kedua-dua anaknya memesan makanan kegemaran mereka namun tidak memesan apa-apa untuk dirinya. Cukup sekadar melihat anak-anak kesayangannya gembira menikmati makanan.

"Saya tidak makan. Saya cuma tengok mereka kenyang. Saya okay." kata Ryan.

Sumber: ABS-CBN

 
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli