Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Foto Ini Tidak Di'photoshop', Tetapi Cuma Foto Seorang Lelaki Memegang Objek Yang Diwarna Dengan Warna Paling Hitam di Dunia



Orang ramai mula tertanya-tanya apabila satu siri foto yang memaparkan beberapa individu memegang satu objek hitam legap - yang kelihatan seolah-olah seperti telah diphotoshop.

Objek itu diwarna dengan warna hitam yang terhitam di dunia - Vantablack.

Sejak dicipta oleh Surrey NanoSystems tiga tahun lepas, Vantablack membuatkan para saintis dan pelukis teruja dengan warna hitamnya.



Vantablack menyerap 99.96 peratus cahaya yang mengenainya, menyebabkan cahaya tidak terpantul. Selain itu, ia juga membuatkan objek tiga dimensi yang disalut dengannya kelihatan seperti objek hitam rata dua dimensi.



Kini, hanya seorang pelukis sahaja yang dibenarkan menggunakan Vantablack iaitu Anish Kapoor. Surrey NanoSystems kini sedang bekerja secara ekslusif dengan Anish bagi menerokai aplikasi Vantablack dalam dunia seni.



Menjelaskan tentang Vantablack, Kapoor memberitahu Artnet : "ianya material yang paling hitam dalam alam semesta selepas black hole. Secara literalnya, anda boleh hilang di dalamnya."

Sumber: OD
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli