Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Doktor Ini Jelaskan Mengapa Bayi Tidak Mahu Menyusu Badan, Setelah Diberi Menyusu Botol Terlebih Dahulu

No Comment

Memberi susu buat bayi adalah penting, kerana ia adalah makanan mereka buat beberapa tahun mendatang, dan sebaiknya, susu ibu atau susu badan adalah amat disyorkan diberikan kepada bayi, selain dari susu formula.

Menerusi perkongsian dari seorang doktor, iaitu Dr Suriyakathun, berdasarkan pengalamannya sendiri, juga sewaktu sesi bersama pesakit, terdapat sebab mengapa anak lebih suka akan ‘nipple silikon’, serta antara kelebihan yang bayi dapat jika diberi susu badan.

Mari kita baca perkongsian dari Dr Suriyakathun ini.


Saya: Anak sudah tidak dapat susu badan ya? (Anak berumur 3 bulan) 

Ibu pesakit: Ya doktor. Semasa lahir dulu anak saya masuk wad dan saya perah susu badan dan diberikan pada anak dengan botol susu. Lepas keluar wad dia sudah tidak mahu direct feed jadi saya masih kena perah susu untuk berikan, lama kelamaan susu saya kering.

Ini cerita yang saya dengar terlalu kerap. Kenapa anak tidak mahu hisap dari nipple ibu setelah dapat nipple silikon terlebih awal?

Anak yang baru lahir belajar dari pengalaman. Nipple silikon mudah hisap, tidak perlu usaha lebih untuk dapatkan susunya. Nipple ibu kena buat kerja lebih keras, Hisap kena kuat baru susu mengalir maka bila bayi dapat pilihan dan sudah diberikan yang lebih mudah dia akan pilih yang lebih mudah. 

Maka bila diberi nipple ibu dan dia menangis saja ibu berikan semula nipple silikon anak pelajari sesuatu: Anak pelajari bahawa kalau saya menangis saya akan dapat yang lebih mudah hisap!

Tekadkan hati beri susu badan

Saya sendiri mengalami perkara yang sama dengan anak saya yang dilahirkan di hospital pada zaman di mana susu badan tidak dipentingkan. Macam mana saya boleh tekad nak susukan anak juga saya pun tak ingat tetapi selepas lahir nurse terus berikan susu formula. 

Malahan semasa anak keempat saya sengaja tidak bawa botol susu dan nurse marah saya. " Dah tu bila dia menangis lapar nak bagi apa ?" Saya jawab bawa kepada saya. Muka marah dia masih saya ingat lagi .

Tidak berikan 'nipple silikon'

Itu dulu. Sekarang ini jika ibu bersalin di hospital mesra susu ibu, anak tidak akan diberi nipple silicon. Jika diberi susu ibu yang telah di perah pun diberikan dengan sudu dan bukan dengan nipple silikon.



Cuba berkali-kali dan sabar

Pengalaman saya pula dengan anak saya yang baru lahir yang telah tolak menghisap dari saya adalah saya tidak memberikan dia pilihan lain. Saya terus cuba berkali-kali dan sabar dengan anak yang menangis bengis. Saya ibu, saya yang tahu apa yang baik untuknya. Saya tidak boleh ikut kehendaknya dan lama kelamaan, sebab dia lapar dan tidak ada pilihan, dia hisap juga dari saya.

Kelebihan menyusu ibu

Kenapa Allah swt jadikan bayi yang hisap susu ibu kena guna tenaga hisap yang kuat? Itulah senaman paling awal bayi kita untuk dapatkan otot mulut yang kuat dan untuk bina bentuk muka yang baik. 

Anak yang hisap susu ibu, otot mukanya sempurna, otot mulutnya sempurna dan pertuturannya lebih jelas dari yang hisap susu botol. Fahamlah bahawa saya bercakap umum dan ada saja pengecualian dari apa yang saya sebut ini.

Terlalu banyak khasiat susu ibu, berusahalah walaupun susah. Ingat bahawa bayi kecil itu ada kehendak dan kemahuannya dan ibunya juga yang lebih tahu apa yang baik untuknya (ibu yang berilmu..ada juga ibu yang jahil).

- Siakap Keli

BACA: Perhatikan 3 Tanda-Tanda Ini Jika Bayi Jatuh Sakit, Yang Mana Ia Mungkin Menandakan Bayi Memerlukan Rawatan Yang Segera
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli