Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dari Tablet 'Magik' ke Shower Pencegah Bakteria, Ini 6 Barang Elektronik Untuk Mak Ayah Yang Boleh Buat Satu Kampung Jeles



Siapa kata orang muda saja nak nampak canggih? Mak ayah di kampung pun ada keinginan juga untuk cuba barang-barang elektronik canggih.

Okey, artikel ini akan bawakan beberapa barang elektronik yang boleh dijadikan hadiah untuk ibu bapa - tak kiralah untuk hari jadi, hari ibu, hari bapa atau apa-apa sambutan sekalipun. Janji bila mereka nampak hadiah-hadiah ni, mereka suka dan hargai.

Semua hadiah ini diambil dari 11street.my yang pada minggu ini memberi diskaun yang banyak untuk barangan elektronik. Jadi, ambil peluang ni untuk beli barangan-barangan elektronik dengan harga lebih murah.


1 - Lenovo Tablet Yoga 3 Pro




Tablet ni bukan sekadar tablet biasa. Serius tak tipu, tapi dalam tablet ni ada projektor. Kalau yang membaca ni pun boleh terkejut, bayangkan betapa terkejut mak ayah nanti tengok 'telefon' tapi ada projektor. Nanti masa buat video call, tak ada la diorang berebut-rebut nak pegang skrin. Pancar saja dekat dinding rumah bagi satu keluarga tengok.

Kalau nak tengok atau terus beli tablet Lenovo ni, boleh pergi klik di sini, penghantaran pun percuma!


2 - Sharp Plasmacluster Air Purifier


Pertama sekali, jangan cerita kat mak ayah yang Air Purifier ni berfungsi macam aircond. Kesian diorang nanti tak pasal-pasal berpeluh lenjun dalam rumah sebab tunggu benda ni sejuk.

Ringkasnya, Air Purifier ni berfungsi untuk menyucikan udara di sekitarnya. Dengan kata lain, Air Purifier ni akan serap dan proses semula udara-udara supaya bebas habuk dan bendasing lain. Dan benda ni amat bagus untuk bersihkan udara dari asap rokok. Kalau ayah hisap rokok, benda ni sangat bagus kalau ada kat rumah.

Lagipun, benda ni portable, jadi mak boleh usung bawa pergi dekat dengan ayah masa dia hisap rokok. Boleh bagi makan dalam sikit.

Info lanjut tentang Air Purifier , boleh klik di link ini dan dapatkan pada harga Shocking Deals iaitu jaminan harga terendah.


3 - Electrolux Instant Water Heater



Biasanya, pemanas air hanya ada knob bulat untuk selaraskan suhu. Electrolux Instant Water Heater juga ada benda yang sama tapi ia juga datang dengan skrin untuk pantau suhu.

Selain bagus untuk orang tua, pemanas air ni juga bagus untuk pastikan suhu air betul ketika memandikan bayi atau kanak-kanak.

Pemanas air ini juga ada ciri Antibac Shower yang boleh mengatasi bakteria pada air yang dipancurkan.

Klik di sini untuk info. Pilihan untuk beli dengan 0% bank installment plan pun ada.


4 - Motorola Moto Z



Kalau tengok mak ayah macam dah payah nak tengok tulisan-tulisan kecil kat telefon tu, rasanya sudah boleh beli telefon baru. Kalau nak beli baru, boleh cuba Motorola Moto Z.

Dari segi spesifikasi, telefon ni setanding macam telefon canggih lain; skrin 5.5 inci, kamera 13MP, Android 7, dan lain-lain. Tapi kalau bercakap pasal berat dan saiz, Motorola Moto Z memang di depan. Sebabnya, telefon ni hanya setebal 5.2 mm dan seberat 136gram sahaja.

Nak tahu lebih lanjut? Klik di sini dan dapatkan special offer dan free shipping.


5 - Mesin Basuh Automatik Toshiba


Serius la mesin basuh? Sebenarnya mesin basuh ni termasuk dalam senarai sebab di 11street ada hadiah percuma bila beli mesin ni - seterika.

Okay, walaupun seterika dan mesin basuh langsung tak ada kaitan, tapi dengan kombinasi hadiah percuma + harga murah membuatkan mesin ini agak berbaloi untuk dibeli. Bak kata orang putih 'kill two birds with one stone'.

Nanti boleh cerita dekat mak: "Mak, Ali beli mesin basuh baru DAN.... seterika baru untuk mak.'

Mesin basuh Toshiba dengan hadiah percuma seterika boleh dibeli menerusi pautan http://bit.ly/2mF8kWZ.


6 - Peti Sejuk LG Dengan Water Dispenser



Peti sejuk LG ni agak luar biasa dengan ada kebolehan Water Dispenser, tapi apa yang betul-betul menarik adalah harganya. Di laman rasmi LG sendiri, peti sejuk ni dijual pada RM 2,499 (diskaun 17%) tapi 11street jual dengan harga lebih murah.

Tak tahu macam mana mereka buat harga murah sampai macam ni tapi peti sejuk ini boleh dijadikan hadiah untuk mak ayah supaya mereka tak perlu simpan air dalam botol lagi untuk menikmati air sejuk. Dalam masa yang sama, anda boleh jimat duit beli pada harga lebih murah.

Nak beli boleh ke http://bit.ly/2mF0oot dan nikmati diskaun 20% dan penghantaran percuma.

Kesemua produk ni boleh didapati dengan harga yang menarik di 11street menerusi promosi Shop The World sehingga 10 April ini. Nak lagi menarik? Hanya pada waktu terhad ini dapatkan baucar petrol bernilai sehingga RM1 juta!

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli