Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Berhadapan Dengan 'Stress' Di Tempat Kerja, 11 Tips Ini Boleh Membantu Dalam Menangani Tekanan Tersebut Secara Efektif

No Comment

Setiap tugasan, pekerjaaan, atau apa sahaja yang kita lakukan, sedikit sebanyak akan ada tekanan yang tesendiri. Daripada perkara remeh, sehinggalah perkara yang besar, sudah pasti kita akan merasai tekanannya.

Lagi-lagi jika ada yang tidak senang dengan cara kita bekerja, atau melihat prestasi kerja kita, mungkin akan ada yang mula membawa mulut tentang diri kita.

Jika dibiarkan berlarutan, ia pasti membuatkan kita jadi tertekan, dan rasa berat, tidak seronok untuk bekerja dengan persekitaran sebegitu. Namun, berdasarkan perkongsian dari saudara Faiz Najmi, sebenarnya terdapat beberapa cara yang boleh dialakukan dalam menangani ‘stress’ di tempat kerja.

Mari kita ikuti perkongsian darinya dalam mengetahui cara yang telah dpraktikannya dahulu.


STRESS DI TEMPAT KERJA?

Ramai yg PM saya berkenaan pengurusan stress di tempat kerja. Pengurusan stress ini perlu bermula daripada HARI PERTAMA BEKERJA, supaya ia tidak melarat lama-lama sehingga jadi kes yg parah seperti mencederakan diri atau bunuh diri. Cuma kalau tak dapat mula hari pertama bekerja, mulakanlah HARI INI.

Saya ingat masa saya houseman doktor muda adalah masa di mana ramai doktor senior akan cuba ambil kesempatan, membuli, dan menyindir kami yg paling junior. Walaupun ini adalah perangai yg tidak sihat di kalangan doktor senior, tapi inilah hakikatnya yg sering berlaku. Maka kita perlu adjust expectations & handle events based on your principles.

Kalau consultant jenis super-malignant yg kata dulu diorang bertahan saja caci maki, tak perlu pun kaunseling ni masa diorang MO or HO, dulu diorang oncall every other day, doktor junior sekarang ni manja - look how they suffer from those psychotic rages. Engkau lah mangsa depa sekarang ni. You wanna be like that at 40 or 50 years old?

Saya bagi sikit tips yg saya ingat pernah saya buat. Bagaimana?


1. Always set to go home on time 

Kalau waktu tagging kena kerja sampai pukul 10pm, pastikan by 10pm you finish up everything. Mana kerja yang ada sila habiskan, dan passover pada yang oncall kalau perlu. Samalah kalau hari kerja biasa habis 5pm, pastikan semua kerja siap pada masa tu. Jangan ambil kerja baru. Pastikan dokumentasi sempurna tiptop! Nampak macam remeh, tapi inilah batas yang perlu anda hadkan.


2. Confront your bullies 

Aku punya ego tinggi sikit, I refused to be pushed around. Kalau ada yang aku rasa unjustified bullying, I confronted the person directly even if he is a super consultant or specialist (but please pick your battles you want to win carefully, not all battles are winnable as doctors). Pernah aku report sorang consultant punya misconduct towards houseman pada timbalan pengarah. The hospital sided with me, a first year houseman. 

Pernah juga aku confront seorang specialist sebab layanan yang buruk sebab percaya fitnah orang terhadap aku. Percayalah, your career doesn't depend on them, once you make official complains in black and white. Confront & talk to them how they are incompetent as a boss if you have to. No boss is worth your mental health, especially if they themselves are mental. (This tip is especially thanks to my special upbringing in Russia where we eat mental people for breakfast).


3. Make friends, create alliances or support group 

Tak tipu. Kau kena ada kawan nak kongsi semua cerita pengalaman kerja seharian, boss ni teruk boss ni bagus, camana nak handle pesakit ini, nurse itu, specialist malignant sebegitu. Berbaiklah sesama kawan doktor, nurse, boss pakar, MA, lab people dan staf-staf lain. Keluarlah makan sekali, lepak weekend sekali, sembang-sembang waktu free dan sebagainya. Socialize a little. These are the friends that can last throughout your career. Barulah kau rasa semua beban bukan atas bahu kau sorang.


4. Prioritize 

Buat kerja urgent & important dahulu, kemudian baru kerja yang non-urgent. Jangan biarkan anda punya thought process sering diganggu kerana ia melibatkan diagnosis yang betul dan plan rawatan yang komprehensif. Tanya bos kalau tak tahu, kerana ia melibatkan nyawa orang tu! Bosses are there for a reason.


5. Seek help early 

Macam aku cakap tadi, no boss, no colleague, no nurses, no patient/client/customer are worth your mental health. Kalau perlu kaunseling, cakap pada boss cepat dan minta cuti. Jangan jadi psikotik atau suicidal baru kalut nak mintak tolong. Biarlah dilabel bermasalah atau tak kompeten pun, asalkan kau boleh teruskan hidup.


6. Gunakan cuti 

Ambillah cuti 4-5 hari berterusan (termasuk hujung minggu atau cuti umum sekali) setiap 2 bulan. Relax, baca buku, tengok wayang, travel dekat-dekat cari pantai atau gunung atau hutan. Setiap end of posting boleh juga kalau nak rancang percutian tempat jauh sikit, sekurang-kurangnya kau akan look forward pada cuti penghujung posting. Work-life balance is very important. 

Kalau consultant jenis malignant yang kata dulu diorang tak perlu pun cuti-cuti ni masa diorang MO or HO, dulu diorang oncall every other day, doktor junior sekarang ni manja asyik nak bercuti - look how they suffer from those psychotic rages. You wanna be like that at 40 or 50 years old?


7. Have a vision or an exit plan 

Apa sebenarnya kau nak daripada jadi doktor ni? Dalam 5-10 tahun adakah anda lihat diri sendiri sebagai pakar perubatan, atau MO kronik atau camana? Kalau tak, adakah kau nak keluar kerja di private atau buat bisnes lain? Semua ni kena ambil tahu... Kalau tak, nak bangun pergi kerja liat, selalu ambil MC dan EL, baru parking kereta kat hospital dah stress, baru punch in rasa nak melarikan diri. Know what you want, and you will come to work with much less stress.

8. Family is valuable 

Jangan abaikan keluarga kerana keluarga yg sakit bukannya boss atau rakan sekerja nak jaga. Kita jugak yg jaga sendiri. No work is worth sacrificing your family. Compromise yes, but not sacrifice.

9. Kesihatan jasmani 

Makan elok-elok kalau boleh jangan skip meal, kalau terpaksa juga beli sikit makanan masuk dalam poket makan bila boleh. Tidur awal. Exercise sikit. Basic stuffs.

10. Kesihatan rohani 

Sembahyang, baca quran, baca buku, travel, tolong mereka yg tidak berkemampuan.

11. Coffee really helps. Seriously tak tipu.

Gambar hiasan pergunungan Kaukasus. Bila stress, panjatlah gunung.

Perlu diingatkan pengurusan stress ini perlu fine-tuned dengan situasi anda. Ada mungkin memang ENGKAU yg menyebabkan stress orang lain di tempat kerja, to which you need to question yourself, are you the problem or the victim? Don't play victim, it is counterproductive and won't help with stress management. Be proactive instead of reactive, set your boundaries, adjust your expectations and pick your battles well.

- Siakap Keli

BACA: Sedang Mengalami 10 Situasi Ini Di tempat Kerja, Anda Mungkin Menjadi Mangsa Buli Oleh Rakan Sekerja
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli