Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bawa Ibu Lumpuh Ke Tempat Kerjanya Di Tepi Jalan, Ayah Terpaksa Dikunci Di Rumah Kerana Nyanyuk, Tukang Urut Jalanan Jaga Mak Ayah Uzur

No Comment

Setiap insan sudah pasti mempunyai kisah hidup mereka tersendiri, ada yang susah, ada yang senang, ada yang perlu memerah keringat untuk mendapatkan sesuap nasi.

Ada antara mereka ingin mencuba untuk lebih ke hadapan, tetapi ada sesuatu yang menghalang atgau tanggungjawab besar yang perlu dipikul.

Seperti apa yang diceritakan oleh Bonda Khuzairi ini, kisah seorang anak yang kini menjaga kedua-dua ibu bapanya, dia yang berkerja sebagai tukang urut jalanan terpaksa membawa ibunya yang lumpuh untuk dijaga dan terpaksa meninggalkan ayahnya di rumah kerana takut keluar akibat sudah nyanyuk.

Dia terpaksa membawa ibu ke tempat kerja kerana ibunya memerlukan perhatian selain perlu kerja untuk menampung kehidupan mereka.

Jom kita baca.


Seorang anak menjalankan perniagaan urut kaki di Pasar Dahlia, Johor dengan mengenakan bayaran seikhlas hati. En mohd Noor tidak dapat bekerja kerana jaga ibu dan ayah yang sedang uzur.

Sewaktu bekerja dia terpaksa. Mengunci ayahnya di rumah kerana ayahnya hadapi masalah nyanyok. Hanya ibunya saja yang dia dapat bawa sewaktu dia mencari rezeki

En Mohd Noor telah mendapat bntuan Jabatan kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 atas nama ayahnya.



Maknya guna pampers. Jiran-jiran ada juga yg bantu dari segi beras dengan keperluan sikit2

Sesiape yang nak berurut bolehlah pergi ke rumahnya di No18, Jalan Dahlia 24/7, Taman Dahlia, 
En mohd Noor tiada henfon untuk dihubungi

Jika jumpa mereka di pasar Taman Dahlia hulurkan lah sedikit bantuan walaupun taknak berurut
En mohd Noor berada di pasar dahlia pada pukul 9.00-11.00 pagi. Selepas itu beliau berada di rumah.

Saya dah mitak izin beliau untuk sharekan kisahnya bersama kalian semua di fb.

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli