Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bandar Busan Bertukar Menjadi Warna-Warni Dengan Musim Bunga, 6 Lokasi Ini Menjadi Tarikan Utama Untuk Dilawati Bagi Menikmati Keindahan Bunga Sakura

No Comment


Negara yang mempunyai 4 musim akan menjadi salah satu destinasi yang akan dilawati oleh mereka yang merancang untuk melancong. Dengan adanya musim bunga, panas, luruh, mahu pun salji, sudah pasti memberikan pengalaman baru buat diri.

Namun begitu, disebabkan musim tersebut dalam bulan yang berbeza setiap tahun, jadi, jadual perjalanan seharusnya dirancang dengan rapi, bersesuaian dengan musim yang ingin dilawati.

Untuk mereka yang ingin merasai musim bunga, dan merancang ke Korea, inilah masanya, kerana menurut perkongsian dari saudara Khairul Jamain, pada masa kini, bunga sakura sudah mula untuk mekar.

Mari kita ikuti perkongsian darinya, akan 6 tempat yang menarik untuk dikunjungi bagi menikmati keindahan musim bunga di Busan, Korea.


Sekarang ini adalah masa yang sesuai bagi sesiapa yang ingin travel ke Busan,Korea kerana musim bunga baru bermula di sini.

Musim bunga di busan seperti anda berada di dunia yang berbeza kerana bunga-bunga sakura di sini menukar bandar Busan menjadi bandar yang berwarna-warni dan indah, dan biasanya bunga sakura di Busan mekar bermula pada 26 mac hingga hujung bulan April.

Bagi sesiapa yang sudah merancang menikmati musim bunga di Busan ini adalah 6 tempat yang menarik dan cantik untuk melihat bunga sakura di busan.

1. Haeundae Dalmaji Road

Haewoljung Pavilian dan Haemaru Lie di sepanjang Haeundae Dalmaji Road adalah tempat yang sesuai bagi mereka yang ingin bershopping sambil melihat keindahan musim bunga dan kalau cuaca baik anda boleh melihat sebuah pulau kepunyaan Jepun, iaitu Tsushima Island dengan pemandangan yang mengasyikkan. Dalmaji Road adalah jalan menuju ke bukit Dalmaji dari pantai Haeundae dan terkenal dengan " busan beautiful road cherry blossoms".

*Untuk ke sana: Ambil Metro Line no 2 ke Jangsan station, sampai di sana ambil bus no 2 atau 10

2. Oncheon Stream Park

Oncheon Stream Park ini di antara Allak-dong di Dongnae district dan Yeonsan-dong, sebuah bandar kecil dan di sepanjang jalan di Oncheon Stream Park ini anda akan melihat keindahan bunga sakura dan bunga-bunga lain sambil melihat pemandangan sungai yang bersih dan indah.

*Untuk ke sana: Ambil Metro Line no 1 to Dongnae station dan berjalan 5 minit ke sana.

3. Igidae Coastal Promenade

Igidae Park terletak di Yongho-dong, Nam District. Pelancong yang datang ke sini pasti terhibur dan tidak akan dapat melupakan berjalan di sepanjang Igidae Park di persisiran pantai sambil mendengar deruan ombak, bunga sakura dan keindahan langit biru yang terbentang luas, dari sini anda dapat melihat Gwangan Bridge dan Haeundae APEC Nurimaru house.

*Untuk ke sana: Ambil Metro Line No 2 ke Kyungsung Uni or Pukyong Uni station dan exit no 5. Tukar menaiki bus bandar ke Yonghobong, berjalan ke Igidae entrance dan berjalan lebih kurang 10 minit.

4. Mt. Hwangnyeong Ring Road

Jalan sejauh 3 kilometer ini adalah antara yang terkenal dengan pemandangan bunga sakura, jalan ini akan membawa anda ke sebuah pemandangan yang indah sambil melihat Gwangan Bridge di persisiran laut.

*Untuk ke sana: Ambil Metro Line no 2 ke Mt.Geumnyeon station dan keluar no 6, berjalan lebih kurang 30 minit.


5. Samnak Park

Samnak Park akan bertukar keemasan apabila rape flowers mekar pada April. Sepanjang 8 kilometer di persisiran sungai anda akan di sajikan dengan keindahan alam semula jadi dengan bunga sakura. Ia berdekatan dengan Busan Sasang Station dan Gimhae Light Railway.

Terkenal dengan zone mengambil gambar yang cantik oleh orang tempatan. Di sini anda boleh berjalan kaki atau berbasikal. Terletak di Sasang District, Samnak Park berkeluasan 323,966 meter persegi.

*Untuk ke sana: Ambil Metro Line no 2 ke Mt Geumnyeon Station dan keluar no 5 dan berjalan lebih kurang 10 minit menghala ke Gwangalli Beach.

6. Namcheon-dong Cherry Blossom Road

Bunga sakura di Namcheon-dong Samik Apartment juga antara yang terkenal di bandar Busan.
Pada bulan April bila bunga mekar penuh, anda akan melihat sebuah pemandangan yang sungguh luar biasa dengan pemandangan Pantai Gwangalli.

*Untuk ke sana: Ambil Metro Line no 2 ke Mt Geumnyeon station dan keluar pintu no 5 dan berjalan 10 minit.

Samnak Park,Busan, Korea

- Siakap Keli

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli