Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Cikgu Ghani Sedekah 1300 Ekor Ayam Proses Dan Sayur Kepada Orang Ramai, Habis Dalam Masa Sejam


Hari ini, seawal jam 6 pagi, halaman rumah Cikgu Ghani Haron di Kampung Masjid, Tikam Batu, Sungai Petani telah dikunjungi orang ramai selepas dia dengan rakan-rakan sukarelawan yang lain telah mengagihkan ayam proses segar percuma.

Kira-kira lebih 100 orang telah berkumpul di depan pagar rumahnya untuk mendapatkan ayam percuma berkenaan di mana katanya tidak sampai sejam kesemua 1,300 ayam proses segar habis diagihkan.








Menurut beliau projek berkenaan adalah hasil sumbangan orang ramai dalam projek sedekah jariah yang diwujudkanya di mana dia telah membelanjakan RM13,000 untuk agihan berkenaan termasuk sayur-sayuran.

"Dalam keadaan ekonomi yang kurang baik ketika ini ditambah dengan kenaikan harga ikan secara mendadak turut memberi kesan kepada orang ramai.

"Saya berharap dengan pemberian ayam percuma ini sedikit sebanyak dapat meringan beban golongan berpendapatan sederhana dan rendah," katanya. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli