Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Adakan Pertemuan Auntie Kata Buang Masa, Waktu Buat Tuduhan Tak Berasas Kepada DZN Dikira Memanfaatkan Masa?" - Fathul Bari

Kredit Gambar: FMT

Sejak beberapa hari lalu, Pegawai Khas Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahaya telah menawarkan kepada seorang peguam, Siti Kasim untuk berjumpa dengan penceramah bebas, Dr Zakir Naik.

Beliau membuat jemputan sedemikin selepas beberapa orang aktivis sebelum ini telah mendakwa Dr Zakir Naik sebagai pengganas yang mengancam keselamatan negara.

Namun semalam perlawaan itu ditolajk di mana paguam Siti Kasih menyifatkan perjumpaan itu merupakan perkara yang bodoh dan membuang masa.

BACA: Siti Kasim Tolak Pelawaan Debat Dengan Dr Zakir Naik, Anggap Sebagai Satu Cadangan Bodoh

Oleh itu, Fathul Bari melalui laman Facebooknya telah memuatnaik sebuah status untuk menjawab dakwaan kata perjumpaan itu membuang masa.

Jom kita baca.

AUNTIE SITI KASSIM SALAH FAHAM

1. Berulangkali saya sebutkan dalam kenyataan saya bahawa saya boleh aturkan PERTEMUAN Auntie dgn Dr Zakir Naik. PERTEMUAN bukan PERDEBATAN. Cuma, setelah bertemu terpulanglah kpd Auntie samada nak dialog ka, nak tanya soalan ka, nak debat ka. Its up to you Auntie.

2. Auntie tanya kenapa saya pilih 2 org sahaja daripada 19 org aktivis. Di sini jawapan saya:

a. Sebab Auntie dan akak Asiah Jalil adalah muslimah. Kalau ada lagi muslim atau muslimah dari kalangan 19 tu, sila datang sekali.

b. Sebab Auntie dan akak Asiah popular lagi terkenal.

c. Sebab saya difahamkan Auntie dan akak Asiah Jalil adalah lawyer yang hebat.

3. Auntie, sabda Nabi Muhammad SAW: "Bukanlah dari kalangan kami, org yg tidak mengasihi org muda dan tidak mengbormati org tua." 

Berdasarkan hadis ini, saya memberikan jaminan kepada Auntie dan akak Asiah Jalil bahawa TIDAK akan ada sebarang penindasan hak bersuara di hadapan Dr Zakir apatah lagi pembulian. In sya Allah saya akan pastikan Auntie dan akak Asiah ditemani oleh muslimah2 yg berakhlak tinggi.

4. Auntie kata "buang masa" mengadakan pertemuan ini. Adakah ketika Auntie membuat tuduhan tidak berasas kpd Dr Zakir Naik itu dikira memanfaatkan masa? Bagi saya itu tidak "fair" Auntie. Bahkan menyanggahi prinsip human rights yg Auntir perjuangkan. Auntie seolah2 tak nak beri ruang utk Dr Zakir mempertahankan diri beliau.

5. Auntie, akak Asiah sendiri dan sebilangan kecil pengikut Auntie pernahkah bertemu dan berbincang secara harmoni dgn Dr Zakir Naik? Wallaahualam. Jika pernah, alhamdulillah, tetapi jika tidak pernah, malulah Auntie krn Auntir sanggup duduk bersama Hindraf serta berbincang penuh mesra dgn mereka, tetapi Auntie dan akak Asiah langsung tak nak kasi ruang utk berbincang mesra dgn Dr Zakir Naik.

6. Next time, kalau Auntie nak nyatakan tidak setuju atau bantahan, Auntie tak perlulah keluarkan kata2 yg tidak baik. Melabelkan org sbg bodoh, keldai, x sedar diri; x baik tu Auntie. Silakan membantah tp jaga akhlak.

7. "Sub judice" punya isu, apa hubungkait saman Auntie trhadap kerajaan dgn pertemuan Dr Zakir Naik serta implikasi undang2. Saya berpendapat tiada isu Auntie. Bahkan jika pertemuan dilaksanakan dgn berhemah serta harmoni, in sya Allah kebaikannya lebih besar.
Wallaahua'lam
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli