Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

5 Tip Ini Bakal Jadikan Percutian Anda Lebih ‘Sempoi’, Dengan Hanya Perlu Melakukan Beberapa Tindakan Kecil Sahaja

No Comment

Kalau dah namanya bercuti, atau melancong, kita pasti ingin mengelakkan dari saat yang memeningkan kepala, serta berharap segalanya berjalan lancar.

Kalau boleh, dari check-in bagasi, sehinggalah berada di tempat percutian, kita pasti inginkan ia mudah, dan tidak membuatkan diri kelam-kabut, lebih-lebih lagi kalau sibuk nak menyelongkar beg semata-mata nak ambil ‘passport’ atau ‘boarding pass’.

Sebab itulah kena ada perancangan, atau sedikit tindakan kecil, supaya percutian jadi lebih ‘sempoi’. Bagaimana nak dapatkan percutian yang ‘sempoi’, saudara Zaid Traveler telah kongsikan tip yang boleh dilakukan, ada juga yang tak terlintas di fikiran. Mari kita ikuti perkongsian darinya.


5 tip travel sempoi, boleh cuba

1- Pelekat 'Fragile'

Masa nak check-in, minta tampalkan pelekat ‘fragile’ pada bagasi. Kerana setiap bagasi yang ada tampal pelekat ‘fragile’ biasanya akan diletak bahagian paling atas, bagasi akan lebih terjaga dan lebih cepat masa di bagian tuntutan bagasi, tak perlu tunggu lama.

2- Tanam benda berharga dalam pasir

Tip ini boleh guna masa pergi berkelah tepi pantai, pergi satu keluarga tak seronoklah kalau salah seorang terpaksa duduk tepi pantai untuk jaga barang, salah satu cara yang selamat ialah bungkus barang berharga seperti telefon bimbit dan beg duit dalam plastik, tanamkan dalam pasir dan hamparkan tikar di atasnya, kemudian boleh terjun laut mandi puas-puas, kalau ada pencuri nak cuba curi sekalipun akan ambil masa yang lama untuk korek.

Psst…jangan pula tanam, tapi tak buat tanda, alamatnya memang tak jumpalah nak korek balik, nanya.

3- Pakai jaket atau bawa beg galas kecil ketika di lapangan terbang

Hampir kesemua lapangan terbang akan ada beberapa pemeriksaan sekuriti untuk masuk ke bilik pelepasan. Tujuannya adalah untuk memudahkan ketika tiba di mesin imbas bagasi, boleh masukkan semua gadget, beg duit, boarding pass, paspot dan lain-lain ke dalam poket jaket atau beg galas.

Masa sampai di mesin imbas hanya perlu buka jaket dan letakkan dalam bekas yang disediakan, senang dan cepat, selepas selesai boleh terus ambil jaket dan pergi, tak perlu untuk kutip satu persatu barang dalam bekas tersebut.

4- Simpan kad bisnes hotel penginapan ke mana saja pergi

Sangat berguna ketika sesat jalan atau tak jumpa jalan untuk pulang, terutamanya apabila pergi ke negara yang majoriti penduduknya tidak boleh berbahasa inggeris, solusinya tunjukkan kad bisnes tersebut pada pemandu teksi, dengan izinnya akan dapat sampai kembali ke hotel penginapan.

5- Simpan duit dalam tempat yang tersempunyi 

Masa mengembara saya suka simpan duit pecah-pecah, salah satu tempat kegemaran saya simpan duit ialah dalam tiub pelembab bibir (lip balm). Kebiasaannya si pencuri akan cari benda yang nampak berharga untuk dicopet, macam tiub pelembab bibir memang tak pandang dah, saya letak tepi poket beg galas pun tiada siapa yang peduli. Tidur lena 200 dolar duduk dalam tiub tu..huhu

Semoga bermanfaat.

- Siakap Keli

BACA: 15 Tips Persediaan Penting Yang Anda Harus Lakukan Terlebih Dahulu Sebelum ‘Travel’ Ke Luar Negara
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli