Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(8 Foto & Video) Lelaki Gelandangan Selama 25 Tahun Ini Sebak Selepas Diberi Transformasi Gaya Hipster, Kejutkan Orang Ramai



Seorang lelaki yang hidup sebagai gelandangan selama 25 tahun terkejut apabila melihat wajahnya yang telah ditransformasikan supaya menjadi lebih kemas.

Jose Antonio, 55, ditawarkan transformasi itu oleh seorang tuan kedai salon berhampiran tempat dia mengutip bayaran parkir kereta secara haram.

Jose memasuki kedai salon itu dengan rambut grey serabai. Tetapi dia melangkah keluar dari kedai terbabit dengan bergaya hipster.




Malah, perubahan Jose itu menyebabkan dia langsung tidak dikenali oleh orang sekeliling. Seorang pemilik bar berdekatan kawasan parkir yang dijaga olehnya secara tidak disangka-sangka menyediakan bir kepadanya.

Jose juga berjaya memikat pandangan beberapa wanita yang tertarik melihat gaya yang dikenakan oleh beliau.




Video transformasi Jose dikongsi oleh penerbit filem, Dr. Filmgood di laman Facebook La Salvajeria (kedai Salon) sebagai ulang tahun ketiga salon terbabit. Video terbabit dirakam pada 2015 namun baru sahaja dimuat naik baru-baru ini oleh Salon berkenaan.

Menerusi video berkenaan, Jose - yang mula hilang arah hidup apabila menderita kemurungan - kelihatan duduk tenang sahaja sambil membiarkan sahaja wajahnya 'diubah'.




Namun selepas melihat hasil akhir dari transformasi itu, Jose tidak mampu menahan sebak dan mula sebak sambil berkata: 'Oh Tuhan, ini sangat menakjubkan. Adakah ini betul-betul diri saya?'.

'Saya sangat lain, tiada siapa pun akan kenal melainkan saya beritahu siapa sebenarnya saya'.

Kamera kemudian mengikuti Jose keluar dari salon itu dan melihat reaksi orang ramai apabila mengetahui sebenarnya itu adalah Jose.

Tonton video transformasi ajaib itu dibawah:


Hari ini, Jose Antonio seorang yang pembersih dan tidak lagi kembali kepada rupa lamanya. Dia mengekalkan kekemasan wajahnya biarpun rambutnya bertukar grey semula. Bagaimanapun, sehingga hari ini Jose masih belum mendapat pekerjaan biarpun dia mendapat bantuan kewangan dari sebuah syarikat yang enggan dikenali.

'Ia bukan sekadar perubahan wajah. Ia juga mengubah hidup saya. Apa yang saya mahu sekarang adalah kerja yang stabil' - kata Jose.

Sumber: Metro.co.uk
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli