Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

10 Tip Yang Anda Kena Tahu Sebelum Menjejakkan Kaki & Menjelajah Ke New Zealand

No Comment

New Zealand merupakan sebuah negara yang dikenali dengan kedudukan geografinya yang terpencil, dan kaya dengan fauna yang tersendiri.

Bukan itu sahaja, New Zealand juga popular kerana pernah menjadi salah satu latar dalam salah sebuah filem Lord Of The Ring, iaitu The Hobbit, yang mana disebabkan itu, ramai yang ingin jejakkan kaki ke sana, melihat keindahan sebenar.

Namun begitu, jika anda merancang untuk ke New Zealand, anda harus terlebih dahulu mengetahui beberapa tips, juga maklumat mengenai New Zealand, dan berdasarkan pengalaman oleh saudari Alisa Omar, telah kongsikan 10 tips yang anda harus tahu sebelum jejak ke NZ.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.


10 Tips Kita Kena Tahu Sebelum Nak Jelajah New Zealand

Selamat malam kawan-kawan travel! Sejak keluar movie The Hobbit dengan LOTR ni, ramai sangat simpan hajat nak ke New Zealand. Mengikut data statistik, NZ menerima 3-4 juta pengunjung setiap tahun. Sejak aku balik dari trip NZ bulan lepas, ramai tanya macam mana nak jelajah NZ ni dengan efficient. Jadi aku kongsikan 10 tips yang kita kena tahu sebelum nak jejak NZ, berdasarkan pengalaman aku:

1. Elakkan jelajah NZ dalam satu trip

NZ ni besar sangat pulau die. South Island mempunyai 151,215 km² in size dan North Island pula mempunyai saiz 113,729 km². Dari Auckland ke Matamata untuk tengok Hobbiton Movie Set, perjalanan akan amek masa 2 jam driving. Kalau nak tengok Mount Doom (Mordor dalam LOTR), ia akan amek masa 4 jam driving, dan itu kalau drive dalam North Island sahaja.

Untuk South Island pula, dari Queenstown ke Franz Josef akan amek masa 5 jam driving. Long distance driving memang normal untuk trip NZ. Jadi kalau nak cover satu NZ dalam satu trip tu, boleh tu memang boleh, cuma agak rushing sikit.

2. Harga Minyak Mahal Berdengung

Sebelum kita nak ke NZ, pastikan kita ade bajet yang cukup untuk minyak. Harga minyak kat NZ lagi mahal berbanding dengan harga minyak di negara jiran, Australia. Kalau Aussie punya harga minyak bermula antara AUD1.3-1.5 per liter, NZ punya harga minyak boleh bermula dari NZD1.8 - 2.2 per liter. Time aku travel, nisbah currency AUD dengan NZD adalah 1:1.

3. Cuaca NZ yang "menarik"

Kalau kita travel seminggu, mahupun 2-3 minggu, pastikan ada beberapa hari yang memang free tanpa apa2 hala tuju atau aktiviti. Sebabnya, cuaca NZ ni tak menentu. Jangan terkejut kalau waktu musim panas, 3 hari berturut-turut boleh hujan lebat. Sampai aku kena cari alternatif idea lah untuk isi masa lapang aku selama 3 hari tu. Elakkan selitkan aktiviti untuk setiap hari dalam trip.


4. Sisi sebenar NZ lebih menarik dari sisi komersial

Queenstown, Franz Josef, Hobbitton Movie Set, Milford Sounds, Wanaka adalah antara spot hangat untuk dilawati di NZ. Tapi, NZ ni besar sampai banyak lagi tempat yang ramai international traveler belum sampai. Contoh, lokasi Matauri Bay yang aku terjumpa secara tak sengaja, masa cari spot untuk accommodation di utara New Zealand. Pemandangan di Matauri Bay, masya Allah, memang sangat breathtaking. 

Memandangkan lokasinya di sebalik lembah dan bukit bukau, sapa boleh perasan tempat ni? Bagi aku, da alang-alang sampai tu, why not kita explore sisi NZ yang tak ramai nampak. Mesti pengalaman kita lebih unik dan berharga. Banyak lagi spot tersembunyi yang aku jumpa dan aku akan kongsi lokasinya satu per satu.

5. Nak travel pada musim apa?

Musim di NZ dan Australia adalah terbalik dengan musim di Eropah. Kalau winter di Eropah pada bulan December, maka ia adalah musim panas di NZ. Jadi, kita kena tahu matlamat kita untuk ke sana. Nak main ski? Nak hiking? Nak tengok bunga-bunga segar bermekar? Dari situ kita boleh plan bila nak datang ke NZ. Contohnya, kalau nak hiking, time paling perfect adalah summer. Kalau nak panjat gunung salji, maka winter la masa paling tepat. Kalau nak hike di musim luruh tu, peluang nak hike tu payah sikit sebab cuaca dia sejuk dan sentiasa hujan.

6. Aktifkan Debit/Credit Card Dengan Pin Sistem

Kebanyakan pam minyak di NZ masih terima bayaran tunai atau kad. Tapi kalau kita makin jauh dari bandar dan menghala ke suburban area, ada pam minyak yang menggunakan sistem 'cashless', di mana cara bayaran die hanya menggunakan kad debit/kredit. Sebelum nak pakai kad ni, pastikan kad kita dah activate sistem pin. Malaysia baru nak mula pakai sistem ni tahun ni. Aku hampir sangkut kat Amsterdam gara-gara bank tak notify ade pertukaran sistem tahun lepas.

Pesanan aku, kalau pegawai bank tu kata, boleh mintak pakai sistem lama untuk transaksi kad kredit kat orang kedai tu, mintak jugak cara untuk activate sistem pin untuk kita kat pihak bank. Sebab kat suburban area, banyak kedai xde teknologi tinggi untuk provide servis pada kedua-dua sistem transaksi.


7. WI-FI adalah business

Kebanyakan hostel/motel di NZ akan cas kita untuk penggunaan WIFI. Ada je hostel yang kasi free, tapi jangan terkejut kalau kita kena cas NZD5-10 untuk 500MB - 1GB punya internet data. Ada yang cas NZD5 untuk 500MB untuk 30 minit, ada plak yang cas NZD10 untuk 1GB untuk 24jam. Bergantung pada hostel/motel tu sendiri.

8. Patuh pada jalanraya

Undang-undang traffic memang ketat di NZ. Ini bermakna, kalau had limit adalah 80 km/j, maka speed kita pon kenalah 80km/j dan ke bawah. Tiada sesi pujuk memujuk pada 'latok' untuk dilepaskan tanpa saman. Jadi bagi yang akan memandu nanti, pay attention pada speed limit.

Begitu juga kalau ada pakai laluan tol. Boleh pakai laluan tol walaupun tiada pass macam Touch N Go. Tapi kita ada 5 hari untuk langsaikan hutang tol. Kalau tak, company rental car kena bayar denda dan dari mana lagi diorg nak cekau duit, kalau tak dari info kad kredit kita masa pick up kereta sewa hari tu?


9. Ramalan Kaji Cuaca is your best friend

Ramalan kaji cuaca diorg kebanyakannya adalah 90% tepat belaka. Tour guide pon akan rujuk pada weather forecast ni untuk tentukan sama ada boleh on ke tak aktiviti untuk arini. Hiking trip aku kena tangguh dan mountain biking aku kena cancel gara-gara cuaca hujan lebat dan ribut petir. Jenuh 3 hari pertama tu, aku mencari spot WIFI untuk cari alternatif aktiviti yang boleh dilakukan waktu tu. 

Nasihat aku, baca ayat Kursi dan berdoa pada Allah supaya permudahkan trip. Alhamdulillah, doa aku makbul time tu. Hari yang sepatutnya hujan dan ribut petir, hari tu panas terik, hinggalah aku sampai hostel, baru hujan lebat mari. Terima kasih Allah, alhamdulillah.

10. Parking dan saman parking

Kalau kita bawak kereta dan nak parking, pastikan kita tahu:

a) spot parking tu legal untuk parking atau tak
b) berapa lama boleh parking kat situ? 30 minit? 15 minit? 60 minit? Untuk tau berapa lama, tengok papan tanda parking kat tepi jalan. Selalunya akan ada stated nombor 15, 30 atau 60 yang indicate tempoh boleh parking kat situ

Kalau kena saman macam mana? Jangan abaikan kalau xnak kena bayar penalti. Pergi ke mana-mana pejabat city council berdekatan dan tunjuk resit saman dan bayar on the spot. Tengok lokasi, aku kena aritu NZD12 kat Taupo, sebab parking lebih masa. Ekekeke.

Semoga membantu kawan-kawan semua!

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli