Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Warga Nepal Berusia 28 Tahun Ditahan Selepas Cuba 'Suap' Polis RM3,000, Didapati Hanya Miliki Permit Kerja Tukang Kebun



KUALA LUMPUR 15 Feb. - Seorang lelaki warga Nepal ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Batu Pahat, Johor hari ini selepas didapati memberi wang suapan bernilai RM3,000 kepada seorang pegawai polis.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di hadapan premis perniagaannya di Parit Jawa, Muar Johor.

Sumber Utusan Online berkata, suspek yang berusia 28 tahun itu ditahan kira-kira 2.30 petang tadi selepas melakukan kegiatan itu bagi mengelak tindakan dikenakan ke atasnya yang didapati menjual minuman keras tanpa lesen.

Turut ditahan dalam operasi itu adalah tiga individu warga Nepal termasuk dua wanita.

Hasil pemeriksaan ke atas kesemua suspek mendapati mereka mempunyai permit kerja sebagai tukang kebun manakala premis terbabit dimiliki penduduk tempatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sumber berkata, turut dirampas beberapa tin minuman keras, pelbagai jenama minyak wangi dan beg-beg tiruan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan mana-mana yang lebih tinggi jika disabit kesalahan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Sumber: Utusan Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli