Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Walau Dikecam Netizen ‘Edit’ Resume Menggunakan Power Point Bukan Photoshop, Lelaki Ini Hanya Pekakkan Telinga, Dan Masih Tetap Dengan Pendiriannya

No Comment

Sememangnya untuk ‘edit’ gambar ramai yang menggunakan Photoshop kerana mempunyai lebih banyak ‘tools’ atau mudah untuk digunakan, lebih-lebih lagi dengan kepelbagaian ‘effect’ yang boleh digunakan kepada gambar.

Tidak kurang juga bagi mereka yang ‘design’ resume menggunakan Photoshop kerana boleh membuat pelbagai bentuk, layout atau design mengikut kehendak diri sendiri, bergantung kepada kemahiran anda menggunakan Photoshop tersebut.

Namun, andai ada di antara kita yang menggunakan Power Point untuk ‘design’ resume, admin rasa tidak salah. Ia bergantung pada tahap kemahiran individu itu sendiri, apa salahnya kalau anda mahir menggunakan Power Point, gunakan sahaja, pada akhirnya, apa yang anda lakukan, mempunyai design yang memberangsangkan, hampir sama dengan menggunakan Photoshop, atau boleh jadi lebih baik.

Ini yang terjadi kepada saudara Ahmad Syamim Abdul Halim yang mana dirinya dikejam oleh netizen hanya kerana menggunakan Power Point untuk ‘design’ resume.

Mari kita lihat hasil tangan darinya.


ORANG EDIT GUNA PHOTOSHOP, KAU BODOH KE APA GUNA POWERPOINT

Ada lah segelintir yang kutuk saya sebab guna powerpoint. Ada yang share post saya pasal “edit gambar dengan powerpoint”, dan cakap yang “kita semua sepatutnya belajar guna photoshop, berhenti lah ikut method brader ni”. Lebih kurang macam tu lah. Pertama sekali, saya minta maaf lah kalau ada yang marah atau tak suka bila saya share cara edit gambar dengan powerpoint.

Tapi apa yang saya nampak sekarang ni, sama macam situasi pemandu teksi marah pemandu Uber & GrabCar. Tak tau lah kalau saya salah. Tapi bukan semua orang yang kecam saya, ada segelintir sahaja. Ada jugak designer yang impress dengan kerja saya ni, tanpa ada rasa apa-apa pun. Memang sepatutnya tak perlu rasa apa-apa, sebab powerpoint ada function yang sangat-sangat sedikit dibandingkan dengan photoshop, dan illustrator.

Saya ada business saya sendiri, dan saya ada masalah untuk dapatkan kualiti editing gambar yang baik. Nak mengharap kat kawan-kawan, saya paham diorang ni busy dan ada urusan masing-masing. Saya tak boleh depends on orang lain selama-lamanya walaupun dia tu adik-beradik sendiri. Saya paham tu. Jadi saya tak mintak dan tak harapkan bantuan mereka. Saya cari jalan sendiri.

Sebelum ni saya pernah share cara-cara nak edit gambar. 3 kali saya post. Alhamdulillah, dalam pada beberapa orang yang tak suka dengan hasil kerja saya, ramai jugak yang support. Alhamdulillah kalau campur tiga-tiga posting tu, ada lebih kurang 60,000 kali share di facebook. Ada jugak beberapa blog yang share method editing dengan powerpoint ni. Saya teruja tengok. Terima kasih kepada yang menyokong !

Alhamdulillah, seronok rasanya jual resume ni. Walaupun tak lah banyak mana, tapi puas hati rasanya bila customer puas hati dengan design yang guna powerpoint ni je. Siapa partner saya? Jawabnya belum ada siapa-siapa. Tapi, kalau ada apa-apa decision penting yang saya nak buat, saya selalu tanya wife saya. Sebab wife saya selalu interview candidates di Etiqa Takaful.

Segala urusan business resume ni, dari A to Z saya pikir sendiri, dan handle sendiri. Dari Design Template, Design posting, Write-up, Duit Modal FB ads, Account, mereka yang komen “PM”, whatsapp “PM”, semua saya handle sendiri. Saya kerja, full time employee di syarikat yang datangnya dari US, tapi saya kuli je.

Gambar-gambar kat bawah ni, pembaca mungkin boleh paham briefly macam mana saya edit. Kalau nak terangkan satu-satu cara, panjang sangat nanti. Jadi saya tunjuk secara brief sahaja, macam mana saya edit. Siapa tahu, kalau ada rezeki, boleh lah saya bukak kelas, ajar cara-cara guna powerpoint untuk editing.


1. Letak gambar dulu. Preferably yang nampak bahu. Crop agak-agak je, then letak kat tempat yang sesuai.

Lepas tu saya create box yang half transparent ni. Saya pernah tunjuk cara-caranya dekat posting bulan ogos yang lalu. Edit Gambar Dengan Power Point.


2. Sekarang, letak tulisan nama ikut kesesuaian. Macam yang ni, saya guna dua jenis font.
Font : Aharoni + Rage Italic


3. Then, tambah line ikut kesesuaian.


4. Then, masukkan info bit by bit. Tekan insert > add text untuk tambah wording



5. Lagi info. Ikut kreativiti.


6. Lagi info. Ikut kreativiti masing-masing


7. Lagi info, ikut kreativiti.


8. Lagi info.


9. Nampak kan, berapa banyak item yang kita dah masukkan. Nampak macam agak memeningkan sebab banyak benda nak kena letak. Kalau guna photoshop, boleh work on layer by layer. Tapi powerpoint, takde layer.


10. Then saya akan save page yang dah siap tadi, sebagai JPEG. Instructions:

a. Klik Save as
b. Tukar format jadi JPEG
c. Klik Save

Dah siap save, saya bukak powerpoint baru, dan paste supaya nampak mcm kat dalam gambar. Letak page 1 and 2 kiri kanan.


11. Sekarang, right click kat gambar tu, tekan “Format Picture”. Box Format Picture akan appear macam yang kat sebelah kanan tu.


12. Klik 3-D Rotation, Klik Presets, Klik Perpective yang sesuai.


13. Masih lagi kat 3-D rotation, bahagian yang saya kotakkan tu, boleh adjust rotation gambar tu. Biar nampak hidup.


14. Sekarang klik 3-D Format, tukar width dan height macam dalam gambar. Kalau rasa tak sesuai, boleh try and error width dengan height tu supaya sesuai dengan keperluan gambar.


15. Masih lagi kat 3-D Format, klik material, pilih special effect yang saya kotakkan. Atau boleh try and error jugak special effect yang lain.


16. Sekarang klik Shadow, tukar 3 benda yang saya kotakkan tu. Letak 100, 45, 100. Kalau rasa tak sesuai, boleh try and error letak figure lain.


17. Ni hasil lepas gambar dah di 3-D kan. Repeat benda yang sama dekat gambar yang lagi satu tu.


18. Then add lah wording yang patut kat bawah tu. Then add lah logo apa yang patut. Then save as JPEG macam yang saya mention awal tadi.


19. Ni lah hasil lepas siap.

P.s: saya edit guna Microsoft Powerpoint version 2010. Version 2007 tak compatible.

- Siakap Keli

BACA: Nak 'Edit' Gambar Sendiri, Dan Gantikan 'Background' Yang Lebih Menarik, Lelaki Ini Kongsikan Cara Untuk Membuang 'Background' Gambar
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli