Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

[Video] Petua Yang Boleh Diamalkan Buat Ibu Berpantang Dalam Merawat Bentan

No Comment

Penjagaan diri, juga kesihatan selepas bersalin perlu diambil berat, ia berikutan untuk memastikan anak, dan ibu mempunyai rehat, dan tenaga yang cukup, serta tidak terlalu kepenatan.

Jika dilihat pada pertua orang dahulu, bagi ibu yang lepas bersalin, mereka perlu untuk berpantang, bertuku, atau berbengkung, dengan tujuan untuk menjaga badan, juga membaikpulih sistem dalaman badan.

Ada ketikanya juga, ibu yang dalam berpantang akan mengalami bentan yang mana kesan dari salah makan, atau melanggar pantang, dan menurut perkongsian dari saudari Norliza Mohd Salleh yang merupakan perunding jamu, ibu-ibu di luar sana boleh mengikuti petua yang dikongsikannya untuk merawat bentan ini.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.


Tips Merawat Masalah Bentan

Alkisah ramai yang megadu terkena bentan dalam pantang, hari ini kita nak bagi tips untuk merawat masalah bentan.

Kita panggil sushi garlic. Tapi bukan dari beras pulut naa, kang tak pasal bentan makin mejadi-jadi. Guna beras nasi biasa saja tau.


Bahan-bahan

1) Nasi panas (lembik sikit)

2) Beberapa ulas bawang putih.


Caranya amatlah mudah, bawang putih tu bakar/sangai dulu.Toksah bakar sampai rentung, satgi pahit pulak.


Lepas bakar masukkan seulas yang dah bakar tu dalam nasi dan dikepalkan.


Dah siap terus makan perlahan-lahan. Sebelum itu baca bismillah dulu dan Selawat, insyaAllah bentan akan hilang serta berkurangan.

Bentan jangan buat main. Merana jiwa dan raga.

#SHARE pada wanita di luar sana, kot² ada yang sedang berpantang. InsyaAllah moga bermanfaat.

- Siakap Keli

BACA: Buat Ibu Hamil, Jangan Rasa Terbeban Jika Dikunjungi Jururawat Ketika Berada Di Rumah, Ini Adalah Sebabnya
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli