Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Nasa Sahkan Jumpa 7 Planet Baru Menyerupai Bumi, 3 Daripadanya Kemungkinan Boleh Didiami


PARIS: Pihak NASA dalam satu kenyataan telah mengumumkan yang mereka telah menemui tujuh buah planet baru yang sungguh mengagumkan menyerupai bumi di mana kemungkinan membawa potensi baru untuk menjumpai hidupan lain di luar Sistem Suria atau boleh didiami, lapor NASA.

Berdasarkan laporan, dari kajian dan pemerhatian mereka tujuh planet itu sepadan dengan saiz dan jisim bumi serta muka bumi berbatu di mana tiga daripada planet berkenaan berada dalam kedudukan yang sesuai untuk di diami kerana menghasilkan air yang penting kepada hidupan.

Ilustrasi artis, keadaan di planet berkenaan (video 360)

Apa yang menarik jarak sistem suria yang dinamakan Trappist-1 ini dengan sistem suria kita ialah sejauh 39 tahun(200 trillion kilometer) cahaya dimana ketujuh-tujuh planet ini mengorbit satu bintang tunggal.

Kedudukannya yang tidak terlalu jauh dengan bumi membolehkan ahli astronomi memahami sifat atmosfera setiap planet, sekali gus mencari bukti kimia wujudnya sebarang aktiviti biologi.


Penulis bersama kajian dan saintis di Universiti Cambridge, Amaury Triaud, berkata pihaknya merintis langkah penting ke arah mencari kehidupan di luar sana.

"Sehingga kini, saya tidak fikir kita mempunyai planet yang tepat untuk mengetahuinya. Sekarang, kita mempunyai sasaran yang betul," katanya kepada media. - Siakapkeli.my




Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli