Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

“Ummi, Kenapa Ummi Suka Gelapkan Lampu?”, Ibu Ini Kongsi Tips Bagaimana Untuk Membuatkan Anak Supaya Mudah Untuk Tidur Awal

No Comment

Untuk membuatkan anak tidur ada ketikanya bukanlah sesuatu tugas yang mudah, jika hari ini mereka boleh tidur dengan awal, tetapi hari seterusnya pula, mereka tiba-tiba sangat aktif di waktu malam, dan tidak mahu untuk tidur.

Bagi ibu yang menguruskan mereka, atau pun bapa, kita pasti akan rasa sedikit tertekan, bukan bermaksud untuk memarahi mereka, Cuma akibat kepenatan dari kerja membuatkan ibu bapa di luar sana ‘fed up’ melayan karenah anak-anak.

Kalaulah ada cara untuk membuatkan anak ini mudah tidur, sudah pasti ia memberi sedikit kelegaan buat ibu bapa di luar sana. Tapi, Ya, sememangnya ada caranya, kerana menurut perkongsian dari saudari Anayasmin Azmi, dia menggunakan teknik ini bagi memudahkan anaknya tidur pada waktu malam, ingin tahu caranya, mari kita ikuti perkongsian darinya.


4 Tips Bagaimana Nak Anak Tidur Awal

"Ummi kenapa umi suka gelapkan lampu?"anak bertanya bila saya 'dim' kan lampu pada jam 8malam selepas solat isha'. Di sini isha' sedikit awal.
.
"Sebab Allah jadikan malam untuk berehat dan tidur. Lagi-lagi untuk anak kecil. Apa ayat surah an Naba', thariq..'Waja 'alna naumakum ....haa sambung"

Maka anak pun membacanya yang bermaksud:

Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat? Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)? (An Naba': 9-10)

Hebatnya Allah swt bukan hanya kegelapan membuat penglihatan terbatas lalu mengantuk. Tetapi kegelapan itu membuatkan tubuh kita menghasilkan hormon MELATONIN yang buat rasa mengantuk.


1) Jadi, setengah jam atau sejam sebelum nak anak tidur, gelapkan lampu. 

Hentikan skrin sejam sebelum tidur. Keduanya ini merangsang badan menghasilkan melatonin untuk bantu anak mudah tidur. Setkan biological clock anak.

2) Bilik gelap lebih lena. Pernah terfikir kenapa dalam flight penumpang guna penutup mata untuk tidur? Sebab mata yang tertutup masih boleh detect cahaya dan membuat melatonin terganggu maka tidak lena tidurnya.


3) Melatonin mula terhasil jam 9 malam. So target siap-siap nak anak tidur jam 8 malam. Tapi kalau kerja balik lewat?

4) Tetapkan waktu tidur hampir sama setiap hari. Jadi melatonin dihasilkan tidak kucar kacir.

- Siakap Keli

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli