Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tiga Orang Murid Tahun Tiga Hampir Dilarikan Penculik,Terkejut Selepas Dihampiri Pengawal Keselamatan Sekolah

No Comment
Gambar Hiasan

Labuan: Tiga orang murid tahun tiga dari Sekolah Kebangsaan St Anne di sini hampir menjadi mangsa culik tiga lelaki tidak dikenali dalam sebuah van bercermin gelap di depan pintu masuk sekolah mereka, tengah hari semalam, lapor Bernama.

Pada mulanya dikatakan salah seorang daripada lelaki berkenaan telah menawarkan gula-gula kepada seorang daripada murid itu tetapi ditolaknya ketika mereka baru pulang dari aktiviti kokurikulum sekolah tersebut pada 4.45 petang.

Ketika memanggil kanak-kanak berkenaan, pintu van yang dinaiki tiga lelaki tersebut dibuka seluas-luasanya dalam percubaan untuk menarik ketiga-tiga pelajar berkenaan ke dalam kenderaan tersebut.

Menurut seorang ibu kepada murid berkenaan, ketiga-tiga lelaki tersebut kemudian melarikan diri dengan van itu apabila pengawal keselamatan sekolah menghampiri mereka.

Beliau juga menyatakan bahawa pihak polis sudahpun mengambil keterangan daripada anak perempuannya yang juga seorang daripada murid terbabit.

Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan Raisin Saidin berkata, pihak sekolah harus memastikan murid terutama mereka yang masih di sekolah rendah menunggu kenderaan atau keluarga mereka di dalam kawasan sekolah selepas waktu persekolahan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli