Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Terkini: Sekurang-Kurangnya 7 Maut, 40 Cedera Bom Meletup di Lahore Ketika Protes Ahli Farmasi



Satu letupan kuat menggegar tengah bandar Pakistan di Lahore menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh maut dan 40 cedera, kata polis negara itu kepada AP.

Letupan pada Isnin itu berlaku di Mall Road ketika satu protes yang dihadiri oleh beratus-ratus ahli farmasi di bandar tersebut.

Menurut polis tempatan, Ali Raza, letupan itu berlaku apabila seorang lelaki yang menunggang motosikal menuju ke arah orang ramai.

"Pasukan keselamatan dikejarkan ke tempat kejadian.", lapor wartawan Al Jazera, Kamal Hyder.

Letupan itu juga terakam secara langsung di televisyen ketika wartawan sedang membuat liputan mengenai protes tersebut.

Tambah AP lagi, salah satu kumpulan yang terlibat dengan Taliban mengaku bertanggung jawab atas letupan itu.

Antara yang terbunuh adalah dua pegawai polis termasuk seorang bekas ketua bahagian anti-pengganas.

Menurut AP lagi, protes itu dibuat sebagai tanda tidak bersetuju ahli farmasi terhadap penggubalan satu undang-undang  yang mengawal penjualan dadah.

Sumber: AP
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli