Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Tak Mampu Bezakan Keburukan & Kebaikan Sesuatu Perkara" - 'Meroyan' Berisiko Untuk Membunuh - Pakar



KUALA LUMPUR: Antara yang paling ditakuti oleh ibu yang baharu bersalin adalah 'meroyan' atau gangguan emosi.

Baru-baru ini juga kita dikejutkan dengan satu kes dimana seorang bayi berusia dua bulan yang maut dipercayai dikelar oleh ibunya sendiri dan ramai percayai ibu terbabit bertindak sedemikian kerana masalah meroyan.

Menurut Pakar Psikiatri dari Fakulti Perubatan Universiti Islam Antarabangsa (IIUM), Prof Dr. Najwa Hanim Md. Rosli, gangguan emosi pada peringkat postpartum psikosis berisiko untuk membunuh jika tidak diberikan perhatian sewajarnya.

Menurut beliau, pesakit boleh melakukan perbuatan itu kerana tidak mampu membezakan antara keburukan dan kebaikan sesuatu perkara.

"Postpartum psikosis boleh menggangu keupayaan mereka untuk membuat keputusan secara waras.

"Selalunya apabila pesakit mengalami postpartum psikosis, perkara-perkara seperti risiko membunuh, mudah untuk berlaku kerana mereka sudah tidak boleh membezakan apa yang benar dan apa yang tidak," katanya sebagaimana lapor Astro Awani.

Menjelaskan tanda-tanda seorang wanita itu mengalami postpartum psikosis, pesakit akan diganggu dengan suara-suara halus yang akan menyuruh mereka melakukan sesuatu.

"Apabila mereka mengalami halusinasi, mereka terdengar suara-suara yang hanya mereka mendengarnya tetapi kita (orang lain) tidak. Malah, suara ini menyuruh mereka berbuat sesuatu dan bagi mereka, suara ini sangat jelas dan nyata.

"Jadi, mereka tidak boleh bezakan apa yang benar dan apa yang tidak menyebabkan mereka terikut kerana mereka tidak tahu membuat keputusan dengan waras," jelasnya.

Tambah Dr Najwa, wanita yang mengalami postpartum psikosis pada kelahiran anak pertama boleh berlarutan sehingga kelahiran seterusnya memang lebih tinggi.

Jelasnya lagi, tanda-tanda yang dialami pesakit postpartum psikosis dengan pesakit skizofrenia (gangguan mental kronik) adalah hampir sama.

"Masalah halusinasi dan dilusi memang tanda-tandanya sama. Cuma permulaan bagi postpartum psikosis adalah selepas kelahiran, manakala pesakit skizofrenia boleh berlaku pada bila-bila masa," kata beliau.

Sehubungan itu, beliau menasihati agar individu yang menjaga wanita bersalin (seperti contoh: suami) agar lebih peka dan menjaga perasaan pasangan mereka.

Sumber: Astro Awani

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli