Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Serkap Jarang Sahaja Dalam Memilih Penyewa Rumah Anda, Jangan Sama Sekali, Kerana Dengan Cara Ini Boleh Menapis Siapa Yang Benar-Benar Layak Menduduki Rumah Anda

No Comment

Membuat pilihan yang tepat bukanlah mudah, lebih-pebih lagi jika kita tidak mengetahui secara terperinci, atau mendalam akan sesuatu itu. Jika hendak mmbeli barang, seperti telefon, atau kereta, sudah pasti banyak maklumat yang kita boleh dapati menerusi iklan, brochure, pamphlet, atau dari laman web.

Tetapi, jika orang pula, bagaimana kita hendak mengetahui latar belakang mereka, yang mana orang tersebut adalah mereka yang abak menduduki rumah kita, iaitu menjadi penyewa rumah kita.

Terdapat beberapa perkara yang boleh dititikberatkan dalam menilai, atau menapis bakal penyewa yang akan memasuki rumah anda, dan menerusi perkongsian dari saudari Ainal Maryam, kita dapat mengelakkan dari tersalah pilih penyewa. Jom kita baca sikit macama mana nak buat pilihan penyewa yang tepat.


MACAM MANA NAK FILTER TENANT ?

Nak menyewakan sesebuah unit merupakan tugas dan amanah yang besar. Kita sebagai owner mestilah nak tenant menjaga unit kita dengan baik. Manakala REN memikul tanggungjawab untuk menapis prospect tenant on behalf of the owner.

Di luar negara, banyak filtering yang dijalankan yang merupakan salah satu procedure sebelum menyewa premis tersebut. Antara contoh procedure yang di practice di negara asing untuk memastikan tenant tersebut bukan tenant dari 'neraka' adalah seperti berikut:

🔹 Mengisi borang background check.
🔹 Memberi bank statement sebagai bukti tenant tersebut mampu menyewa
🔹 Menyediakan surat sokongan / recommendation letter dari syarikat bahawa tenant tersebut layak menyewa
🔹 Membayar sewa setengah tahun / setahun lump sum

Haa, kan susah nak menyewa. Tapi procedure ketat seperti tersebut betul betul dapat memastikan penyewa tersebut adalah penyewa yang berkualiti.

Tapi di Malaysia mcm mana nak filter potential tenant dari 'neraka'?


1. First skali masa viewing tu ajak lah potential tenant tu borak-borak (interview). Jangan bagi borak tu nampak formal, tapi ajak borak sebagai kawan. Bagi orang tu selesa dengan kita. Masa ni tanya lah:

🔹 Dah kahwin belum
🔹 Pekerjaan (suami/isteri)
🔹 Pejabat
🔹 Berapa orang anak (ni penting, kalau ramai anak kecik, expect wear and tear)
Berapa orang nak duduk kat rumah tu
🔹 Kalau bujang siapa dan berapa orang yang akan duduk kat situ. Rumah parents kat mana


2. Mintak Business Card penyewa

Ni penting sebab kalau tenant buat pasal atau lari, atleast kita ada clue kat mana nak cari dia.


3. Arrange meeting berdekatan dengan office dia

Bila nak sign tenancy agreement atau nak collect deposit, arrange meeting tempat yang personal dengan dia seperti somewhere berdekatan office dia ke, area rumah dia ke. Tenant yang jujur dan baik, takkan sorok sorok ataupun berkelakuan pelik.


4. Kalau dia kerja sendiri, bolehlah tanya sempoi sempoi tentang business dia. Di situ anda boleh judge mampukah dia membayar sewa tersebut.


5. Tanya kenapa nak pindah rumah

Nampak soalan kita simple. Tapi kadang kadang kita kena pandai read between the line jawapan yang mereka bagi. Mungkin ada yang menyewa untuk nak bagi bini kedua duduk ke, lari dari ex husband yg menatutkan ke, nak sewa rumah nak bersedudukan dengan bf/gf ke. So kita kena pandai tujukan soalan.


Jadi, these are some of the filtering yang anda boleh practice semasa menapis potential penyewa. Jangan disebabkan 'asal unit itu ada penyewa' anda mengabaikan process ini. Salah pilih penyewa lagi mendatangkan masalah daripada unit tersebut kosong.

- Siakap Keli

BACA: Mempunyai Rumah, Tetapi Sukar Untuk Mencari Penyewa, Ikuti 7 Tip Ini, Anda Mungkin Menemui Penyewa Yang Sesuai
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli