Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bekas Perogol Bersiri Dijangka Tiba di Malaysia Jam 7.45 Pagi Esok



SEPANG: Bekas perogol bersiri rakyat Malaysia yang baru selesai menjalani hukuman penjara selama 24 tahun di Toronto, Kanada akan tiba di tanah air pagi esok pada jam 7.45 pagi.

Dia akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini dengan menaiki pesawat Doha.

Menurut BH Online, kira-kira 50 petugas media yang mendapat maklumat bekas banduan itu akan tiba malam ini berkumpul di KLIA sejak tengah hari tadi.

Bekas perogol yang berusia 56 itu berasal dari Pulau Pinang dan dipenjarakan selepas didakwa melakukan serangan seksual ke atas hampir 1,000 wanita dan kanak-kanak perempuan

Dia mula menjalani hukuman penjara di Toronto selepas didapati bersalah pada 1992 atas 30 pertuduhan jenayah terhadap wanita.

Akhbar The Hamilton Star sebelum ini melaporkan, lelaki berkenaan yang dibebaskan pada 29 Januari lalu, ditahan Agensi Perkhidmatan Sempadan Kanada (CBSA) dan perbicaraan khas Majlis Imigresen dan Pelarian Kanada pada Isnin lalu mengarahkan dia ditahan sehingga dihantar pulang ke Malaysia.

Sumber: BH Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli