Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

“Selagi Belum Tidur Sebantal, Berkongsi Bilik Air, Jangan Cakap Sudah Memahami Hati Budi Masing-Masing”, Lelaki Kongsi Persefahaman Suami Isteri Penting Dalam Berumahtangga

One Comment
Foto Hiasan

Perkahwinan itu indah jika saling melengkapi, dan menerima denga hati yang terbuka siapa pasangan kita yang sebenarnya. Mungkin ianya Nampak ‘manis’ sewaktu tengah bercinta, dan mudah untuk menghargai, atau memaafkan, namun, bila mana kita sudah disatukan, banyak perkara harus diambil kira.

Bukanlah bermaksud untuk memenangkan mana-mana pihak, sama ada lelaki atau wanita, tetapi dalam melalui kehidupan bersama, seharusnya disulami dengan sikap bertimbang rasa, juga saling nasihat-menasihati.

Ianya turut terlihat dalam kisah yang dikongsikan oleh saudara Muhammad Ahmad ini yang mana, tempoh perkenalan selama bercinta, masih belum cukup untuk mengenali diri seseorang itu, sehinggalah kita duduk sebumbung. Untuk mengetahui kisah yang lebih lanjut, mari kit abaca perkongsian darinya.


"Matt aku dah cerai isteri"

Dari nak minum kopi terus luakkan balik.

Berapa?

3 Matt

Kenapa?? (Matt bulatkan mata)

Malas nak cerita panjang-panjang Matt, aku geram sangat sebab dia lawan cakap mak aku. Terus aku bagi 3. Sebelum kahwin semuanya elok, 5 tahun aku kenal dia tak macam ini. Tapikan Matt, banyak juga salah aku, tak pandai didik dia, banyak masa dengan kerja dan kawan-kawan.

Sudah banyak kali sebenarnya dia minta cerai. Tapi kali ini aku bagi 3 terus. Aku tak menyesal, sebab aku nak dia bahagia dengan kehidupan sekarang, lagi pun aku tak pernah naik tangan.

Baguslah jika begitu. Perkara yang berlaku sudah pun tertulis.TAKDIR namanya. TAKDIR akan datang kita belum pasti lagi. Yang pasti sekarang belajar muhasabah diri.


Cuma kita jangan salah faham, walaupun couple 5 tahun, 20 tahun, tidak sama kahwin 1minit 1 hari 1 bulan 1tahun. Time couple mak ayah kita tanggung semua. Paling koman pun kita kena usaha cari duit nak beli top up dan belanja awek makan. Pakai minum, rumah semua masih tanggungan mak ayah, celik mata makanan sudah terhidang di atas meja. Jadi bohonglah jika 5 tahun sudah cukup untuk kenal hati budi masing-masing.

Selagi belum tidur sebantal, berak sejamban jangan cakap sudah memahami hati budi masing-masing. Kau kira ok lagi Xwife belum ada anak, kalau ada anak lagi besar tanggungjawab. Isteri mengandung satu hal, balik rumah masuk dapur satu makanan pun tak ada. Bau kau pun kadang-kadang dia tak suka, macam-macam ragam alahan . Lagi teruk aku pernah jumpa 9 bulan tidak boleh masuk dapur, bau ikan terus muntah, 9 bulan itulah suami kena masak. Agak-agak boleh tahan ke lagu ni?

Itu belum tempoh berpantang, macam-macam kau perlu ambil tahu. Kadang-kadang dimintanya basuhkan berak, pakaikan baju, suapkan makanan. Lagi parah ibu yang kena cesarean atau Third Degree, Fourth degree hingga ke lubang dubur lagi payah perit jerih untuk lalui semua itu dengan anak meragam, kena menyusu, kena bangun malam, itu belum bab anak sakit. Tiba-tiba doktor sahkan anak jantung berlubang, 360 darjah hidup kau akan berubah. Namun itulah liku-liku kehidupan sebagai suami isteri untuk fasa pertama. Jauh langit dengan bumi jika mahu dibandingkan dengan zaman kau couple atau awal perkahwinan.

Begitu jugalah orang perempuan, perlu sedia lalui segala macam UJIAN dalam perkahwinan. Sedia 100% untuk berkhidmat dan mentaati suami.

Nak kahwin sebab untuk elak maksiat, mahu sehidup semati, saling cinta mencintai. Ini SCAM terbesar dalam dunia fantasi perkahwinan. Perkahwinan adalah sebuah kehidupan. Sebuah 'masjid'. Suatu alam realiti dunia akhirat. Perkahwinan bukan untuk sedap, seronok, cinta semata, tetapi ia AMANAH dari الله. Suka atau tidak wajib terima. AMANAH ini perlu dipersembahkan dihadapan الله kelak.


Perkahwin kau wajib korbankan perkara lain demi keutuhan. Kawan, hobi, perasaan, amarah, ini semua tolak tepi. Sebab hari demi hari kau mula mengenali hati budi pasangan. Dia mula tunjuk 'WARNA' yang tidak pernah kau lihat sebelum ini. Itu pun bertahun-tahun untuk cuba memahami. Jika kau faham erti TANGGUNGJAWAB dan AMANAH kau akan dapat NIKMAT SEBENAR PERKAHWINAN.

Isteri bebel NIKMAT, anak sepahkan barang NIKMAT, Penat bekerja NIKMAT, isteri lambat masak NIKMAT. Kau sempat senyum tanda faham, sinsing baju masuk dapur tolong isteri masak tolong isteri kemaskan rumah, pakaikan baju anak, tukar lampin anak. Paling mustahak kau dapat didik dia lakukan segalanya kerana الله. Insyaallah PERKAHWINAN akan bahagia.

Allahu..panjang tazkirah 2 jam bebel jer. Nak tulis pun dah penat, nanti typo lagi banyak. Cuma Nak kongsi kepada semua termasuk diri sendiri. Perkahwinan adalah PINJAMAN dari الله. Namun PINJAMAN ini tetap akan dipersoalkan di akhirat kelak bukan berlalu begitu sahaja. Tempatnya neraka atau syurga. Maka tunaikanlah AMANAH dan PINJAMAN ini sebaik mungkin. TAWAKKAL, DOA DAN USAHA.

Selepas itu kami doa sama-sama. Bila doa kita berdepan dengan الله. Serahkan segalanya kepada الله. Cerita semuanya kepada الله.

- Siakap Keli

BACA: Disebabkan Kurang Ilmu Agama, Suami Tercerai Isterinya Pada Malam Pertama, Kerana Ungkapan ‘Aku Cerai Kau, Aku Cerai Kau’, Yang Berniat Hanya Untuk Dibuat Gurauan
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. maafla ckp sedara nak kawin kena ada ilmu agama, mmg betul bukan kawin sbb nak elakkan maksiat semata-mata tapi tanggungjwb bersama.. contohi perwatakan rasullah walaupun xbyk tp sikit tu kena tahu. bila bini mengandung byk cabaran byk ragam, masing2 kenala saling memahami. xsalah pun kalu suami masak utk isteri yg tgah xsihat.. kena pikir jugak bro wife pregnant siapa yg buat? suami jugakkan? bila isteri alami alahan mcm tu xkan nak ckp xkan dlm 9bulan suami xsanggup? kalau xsanggup jgn kawin bro, duk bawah ketiak mak. cuba tanya mak2 kita dulu masa mengandung ada x alahan ayah kome ada x lari? lepas mengandung dh bersalin nak berpantang pulak yg laki sibuk nak bersosial dgn kawan2 hal jaga anak bini di abaikan sbb tu byk kes skrg yg bini meroyan. xsalah nak berjumpa kwn2 tapi bila kau dh kawin bukan masanya kau lepak smpai 3 4 pagi kat luar keselamatan anak bini kat umah kau ada pikir x? pikir2 kan la

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli