Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Berapa Ramai Lagi Wanita Akan Jadi Mangsanya," Salah Seorang Mangsa Selva Kumar Tampil Beri Amaran Dan Cerita Detik Hitam Dirogol


Nampaknya berita kepulangan Selva Kumar Subbiah ke Malaysia selepas dibebaskan daripada penjara Kanada menjadi bualan ramai netizen.

Rata-rata melahirkan rasa risau dengan kembalinya Selva selepas selesai hukuman penjara kerana melakukan penderaan seksual dan rogol tehadap lebih 30 mangsa di mana empat daripadanya adalah bawah umur.

Pembebasan perogol bersiri ini nampaknya mendapat perhatian bekas salah seorang mangsanya, Susan Chapelle, dimana beliau menyifatkan Selva sebagai ''perogol paling teruk" di Kanada.

Beliau dalam laman Facebooknya telah memberi amaran di mana katanya " Kumar bebas berjalan keluar dari lapangan terbang di Malaysia, saya tertanya-tanya berapa ramai lagi wanita akan menjadi mangsanya sebelum dia kembali semula ditahan."


Memetik laporan Malay Mail, Wanita berusia 56 tahun ini telah tampil menceritakan bagaimana dia menjadi mangsa seksual lelaki berkenaan.

Katanya, untuk memuaskan nafsu, Sleva akan berpura-pura menjadi ejen untuk mencari model atau penjual haiwan eksotik, atau hanya tinggal di kedai kopi dan menjadikan wanita di dalam dan sekitar pusat bandar Toronto sebagai mangsa.

"Walaupun menghabiskan 24 tahun penjara, rakyat Malaysia perlu tahu bahawa Selva masih belum insaf dan serik, dia masih seorang lelaki yang ganas," katanya.

Segalanya bermula apabila dia telah terjumpa satu iklan menjual haiwan di dalam surat khabar, saya telah menghubungi nombor yang tertera untuk membuat pembelian.

Maka temujanji antara dia dan Selva telah diatur dimana dia datang untuk mengambilnya, Selepas itu Selva telah menawarkan segelas wain di semasa rumahnya.

Bila Susan bangun dari tidur, dia sedar bahawa skirt yang dipakainya sudah berada di posisi lain dan ketika itu Susan rasa dirinya dalam keadaan yang begitu teruk.

"Saya tak tahu apa yang dah berlaku. Saya rasakan ia sesuatu yang sangat teruk. Tetapi dalam fikiran anda, anda fikirkan bahawa anda berada di rumah orang yang anda tak kenal, saya diberi segelas wain. Anda fikir mungkin ada sesuatu disebaliknya."

"Saya tak boleh memaafkan lelaki yang masukkan dadah, merogol, merakam gambar wanita bogel dan pukul dua orang isterinya," katanya.

Beliau juga memberi amaran kepada kerajaan Malaysia dimana dia menyatakan dia tidak lupa bahawa Selva Kumar adalah seorang lelaki yang berbahaya kerana beliau telah membuat serangan seksual kepada 1000 orang wanita.


Lebih daripada dua dekad yang lalu, beliau telah disabitkan dengan 75 jenayah, termasuk 26 tuduhan serangan seksual terhadap lebih daripada 30 mangsa, empat di bawah umur, dan seorang seawal usia 14 tahun.

Menurut seorang peguam dari Canada Border Services Agency, sebanyak 500 hingga 1000 mungkin telah diserang.


Brian Thomson, seorang bekas pegawai penyiasat dalam kes Selva Kumar, berkata: "Dia sakit jiwa prolifik yang perlu disimpan di penjara untuk sepanjang hidupnya." katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli