Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Saya Gembira Lihat Tiada Karpet Merah & Bunga Manggar Digunakan' - Najib Mahu Amalan Sambutan Tanpa Pembaziran Diteruskan



Kuala Lumpur, 6 Feb - Perdana Menteri, Najib Razak meluahkan rasa gembiranya apabila tiada karpet merah dan bunga manggar menyambutnya ketika di satu majlis di Kuala Selangor baru-baru ini.

"Baru-baru ini di Kuala Selangor, saya amat gembira apabila melihat tiada karpet merah dan bunga manggar digunakan, sebaliknya saya disambut mesra oleh penduduk tempatan, sepertimana yang saya mahukan dan pernah saya luahkan tidak lama dahulu. Tahniah kepada penganjur."

"Bagi saya, kesemua perhiasan ini tidak penting dan hanya menjarakkan saya dengan rakyat, seolah-olah ada protokol dan saya sukar didekati.

"Kurangkanlah kesemua ini kerana saya lihat ia sebagai satu pembaziran. Elakkan sekiranya boleh kecuali bila protokol rasmi diperlukan seperti program bersama tetamu dari luar negeri.

Selain itu, beliau mahu pendekatan seperti itu diteruskan untuk semua program-program akan datang yang melibatkan beliau sambil menggesa pemimpin-pemimpin Barisan Nasional dan pegawai kanak kerajaan yang lain menggunakan pendekatan serupa.

"Saya mahu semua pemimpin Barisan Nasional dan pegawai-pegawai kanan kerajaan ingat bahawa fokus utama kita adalah interaksi antara rakyat dengan pemimpin, bukan protokol-protokol yang mengekangkan.

"Saya harap pendekatan sebegini dapat diteruskan dalam semua program-program akan datang yang melibatkan saya atau pemimpin lain." kata beliau.

Sumber: Najib Razak
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli