Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Rasuah RM15.5 Juta: Suspek Dipercayai Terbabit Aktiviti Tukar Status Rumah Bumiputera Kepada Bukan Bumiputera, Untungkan Pemaju, Susahkan Pembeli Bumiputera


Johor - Enam suspek lelaki yang telah ditahan oleh SPRM berhubung isu rasuah dan penyelewengan membabitkan tanah di negeri ini dipercayai terbabit dalam penukaran status rumah dari Bumiputera kepada bukan Bumiputera.

Lebih mejelekkan lagi, aktiviti penukaran status itu dipercayai dibuat sejak 2013 membabitkan beberapa pemaju di Johor secara langsung menyebabkan mereka yang layak mendapatkan rumah Bumiputera tidak mampu untuk membeli rumah.

"Apabila rumah berstatuskan Bumiputera ditukar kepada bukan Bumiputera harga sesebuah rumah akan meningkat sebanyak beberapa kali ganda daripada harga asal.

Ini sekali gus apabila penukaran status itu dilakukan ia menguntungkan pemaju dan mereka yang terbabit dalam aktiviti itu, tetapi yang terseksa adalah masyarakat yang ingin memiliki rumah sendiri,” kata sumber SPRM menurut laporan Harian Metro.

Mengulas mengenai modus operandi pula, sumber berkata pemaju menyorokkan hampir 30 peratus kuota yang disediakan untuk Bumiputera dari senarai dengan mendaftarkan nama pekerja mereka yang mempunyai status Bumiputera.

Difahamkan juga, pemaju akan membuat permohonan kepada kerajaan negeri untuk menukar status rumah itu dengan alasan ia tidak berjaya dijual, walhal apabila ditanya pembeli, pemaju memberi alasan rumah Bumiputera sudah habis.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Dato Azam Baki mengesahkan pihaknya sedang menyiasat kewujudan penipuan dalam penukaran status Bumiputera kepada bukan Bumiputera itu.

Beliau berkata, SPRM masih dalam proses menyiasat pejabat suspek untuk mendapatkan dokumen yang boleh membantu mengumpul lebih banyak maklumat berhubung penipuan terbabit.

“œSaya tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi akan ditangkap berhubung siasatan kes ini,”€ katanya.

Sumber: Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli