Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Polis Sahkan Jong-nam Dibunuh Guna Cecair Senjata Kimia ‘VX Nerve Agent’, Ditemui Pada Muka Dan Matanya


Kuala Lumpur : Pihak Polis hari ini mengesahkan bahawa cecair yang digunakan dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam dikenal pasti sebagai ethyl S-2-Diisopropylaminoethyl Methylphosphonothiolate atau ‘VX Nerve Agent’, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, berdasarkan laporan awal analisa dari Jabatan Kimia Malaysia mendapati bahan kimia VX yang disenaraikan sebagai senjata kimia di bawah Jadual 1 Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 dan Konvensyen Senjata Kimia (CWC) 1997 digunakan dalam kes pembunuhan lelaki warga Korea Utara itu.

Keputusan analisa berkenaan telah diperoleh selepas Pusat Analisis Senjata Kimia, Jabatan Kimia Malaysia menjalankan analisa awal ke atas beberapa spesimen hasil pengesatan kapas kering (dry swab) pada mukosa mata dan muka si mati.

VX nerve gas dalam filem The Rock (1996) yang dilakonkan oleh Nicholas Cage 

Pada 13 Februari lalu, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam telah dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2(KLIA2) oleh dua wanita warga asing dengan menyimbah sebelum menekup mukanya dengan cecair beracun.

Dua wanita warga Indonesia dan Vietnam itu dilatih oleh empat lelaki warga Korea Utara yang kini sudah melarikan diri ke negara asal mereka. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli