Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Polis Masa Depan: 'RoboCop' Jaga Stesen Keretapi Bagi Bantu Polis Jaga Keamanan Stesen Keretapi, Mesra Orang Ramai



Penjenayah-penjenayah yang melalui kawasan Stesen Keretapi Zhengzhou timur di Henan pasti tidak akan terlepas apabila terserempak dengan polis robot yang ditugaskan untuk berkawal di sana.

Robot tersebut dipertanggungjawabkan menjaga keamanan di stesen keretapi itu dengan cara meronda, dan menunggu penjenayah siang dan malam untuk dinotifikasikan kepada polis.

Tugas utamanya adalah membuat pengecaman muka, bagi membantu polis mengenalpasti suspek jenayah di stesen tersebut. Selain itu, ia juga boleh membantu pengunjung di stesen tersebut dan memberitahu orang ramai jika berlaku kebakaran.

Malah, robot itu juga dilihat mesra apabila boleh bergambar dengan orang ramai dan menjawab soalan-soalan yang diajukan orang orang awam.

Robot yang dikenali dengan nama AnBot itu berketinggian 149 meter dan seberat 78 kilogram. Ia boleh bergerak dengan kelajuan 18 km sejam.





Sumber: ecns.cn
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli