Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pesawat PM Israel Dilarang Lalu Ruang Udara Indonesia, Terpaksa Melencong Jauh Untuk Ke Australia Dari Singapura


SYDNEY: Pesawat yang dinaiki Perdana Menteri Israel untuk ke Australia daripada Singapura terpaksa menempuh perjalanan jauh selepas dilarang memasuki ruang udara wilayah Indonesia, lapor BBC Indonesia.

Perkara ini telah didedahkan oleh portal penjejakan penerbangan terkenal FlightAware, yang menunjukkan pesawat rasmi El Al, syarikat udara milik kerajaan Israel terlewat daripada jadual normal.

Kerana lencongan ini, penerbangan yang membawa Benjamin Netanyahu itu sepatutnya mengambil masa hanya lapan jam 30 minit itu telah bertukar menjadi lebih 11 jam.

Pemimpin rejim Zionis itu akhirnya selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kingsford Smith Sydney pada Rabu, sekitar pukul 6.30 pagi waktu tempatan, untuk melakukan program kunjungan rasmi selama empat hari.


Sementara itu, memetik laporan akhbar The Guardian, seorang anggota delegasi Netanyahu mengesahkan laluan perjalanan mereka, terlambat kerana menghindari ruang udara Indonesia malah terpaksa melalui jarak jauh melintasi negara lain.

Indonesia yang merupakan sebuah negara ramai umat Islam di dunia sebelum ini telah menyatakan sokongan penuh kepada perjuangan rakyat Palestin untuk mendapat kemerdekaan dan hak kedaulatan daripada pendudukan haram rejim Israel sejak 1948.

Republik terbesar di rantau Asia tenggara itu juga tidak menjalin hubungan diplomatik dengan Israel bersama-sama jirannya, Malaysia dan Brunei selain 20 buah negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang lain.

Pada Mac tahun lalu, Netanyahu telah menyeru agar Jakarta mewujudkan jalinan diplomatik dengan Tel Aviv kerana dengan kerjasama itu mereka dapat mewujudkan banyak peluang untuk kerjasama dua hala, terutama dalam bidang teknologi dapat diteroka oleh kedua-dua negara itu namun ditolak. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli