Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Penternak Udang Dapat Durian Runtuh Apabila Udang Krai Peliharaannya Terjual Pada Harga RM126,000


Bangkok: Seorang penternak udang, Kanokphum Siriwat, 28, mendapat durian runtuh apabila udang krai peliharaannya terjual pada hari 1 juta baht (RM126,000).

Udang yang bernama Chao Khun Chang, 6 bulan, dijual kepada seorang pemilik restoran makanan laut, Prathan Lianpanich pada Isnin.

Prathan sanggup membeli udang itu pada harga yang mahal kerana ia dianggap unik disebabkan mempunyai corak tompok yang luar biasa.

Menurut Kanokphum, sebelum ini Prathan pernah beberapa kali menawarkan untuk membeli udang tersebut pada harga 500,000 baht namun dia menolak.

Namun, akhirnya Kanokphum akur apabila Prathan menawarkan harga 1 juta baht sebelum Tahun Baru Cina yang lalu.

Biasanya udang krai hiasan dijual pada harga sekitar 200,000 baht (RM25,230).

Kata Kanokphum, dia turut memberi Prathan seekor udang betina yang mempunyai kira-kira 300 anak.

Prathan berkata, udang krai seperti Chao Khun Chang sangat jarang ditemui dan dia kagum dengan corak serta warnanya yang unik.

Dia juga percaya udang kecil itu mampu membawa tuah kepada perniagaan restoran miliknya.




Sumber: Bangkok Post
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli