Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Penghuni Rumah Terkejut Ular Sawa 90KG Jatuh Dari Siling Dapur

Foto: APM

KOTA BHARU 5 Feb. - Penghuni di sebuah rumah di Kampung Kota Gaung dekat sini terkejut apabila seekor ular sawa seberat 90 kg terjatuh dari siling dapur rumah terbabit.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 12 tengah hari ketika mereka sedang bersiap-siap untuk makan tengah hari.

Pengawai Operasi, Pusat Kawalan Operasi Daerah APM Kota Bharu, Leftenan Abdul Rashid Jusoh berkata, penghuni rumah berkenaan terus menghubungi pihaknya bagi meminta bantuan.

Tiga anggotanya diketuai Lans Koperal Yunus Sulaiman tiba di rumah keluarga berkenaan pada pukul 1.40 petang dan ketika cuba menangkap haiwan itu, ular sawa tersebut terjatuh daripada salah satu lubang di siling itu,” katanya.

Sumber: Utusan Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli