Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Murah Tidak Semestinya Terbaik, Elakkan Diri Anda Dari Menjadi Mangsa Travel ‘Scam’ Dengan 6 Tips Ini

No Comment

Banyak orang, banyak ragamnya, begitu jugalah bagi mereka yang membuat perniagaan, atau menjalankan servis yang dilihat seperti perkhidmatan biasa, tetapi ianya adalah satu penipuan. Di mana individu tersebut menawarkan perkhidmatan, servis, tiket, mahu pun apa sahaja dengan harga yang murah, berbanding harga sebenar di pasaran.

Bagi mereka yang selalu ‘travel’ sudah pasti akan berdepan dengan ‘scammer’ yang mana akan menipu pelancong, atau pengembara dengan layanan, atau lakonan mereka sebagai ejen pelancongan, juga penjual tiket yang sah.

Namun, di sebalik semua itu, mereka sebenarnya sedang menjalankan aktiviti penipuan. Mungkin ada caranya untuk kita mengesan ‘scammer’ ini bila kita berhadapan dengan mereka, dan menurut perkongsian dari saudara Faiz Najmi ini, terdapat 6 tips yang anda boleh ikuti dalam mengelakkan diri dari menjadi mangsa ‘scammer’ ini. Mari kita ikuti perkongsian darinya.


TRAVEL SCAM

Semalam hingar wall saya berkenaan skandal flight tiket W**** T*** S**** yang didakwa melesapkan ratusan ribu ringgit wang pelanggan. Skandal sebegini selalu jadi dari masa ke semasa, walaupun orangnya berbeza, hasilnya sama - tak dapat tiket, tak travel, sakit hati.

Masa saya cuti musim panas tahun pertama di Nizhny Novgorod Russia tahun 2005 dahulu, saya beli tiket pulang ke Malaysia dengan seorang agen di Moscow. Memang tiket murah berbanding syarikat lain. Dah transfer duit semua, tapi tiket masih tak dapat walaupun kami sendiri dah sampai ke Moscow (jarak 6-8 jam dengan keretapi) tunggu nak terbang saja!


Apa lagi, sampai Moscow kami jerit habislah kat agen tu! Yang uruskan itu pelajar senior melayu di Moscow. Terkandas di Moscow sampai 5 hari pula. Dahla masa tu saya punya pasport kena rompak, sampai embassy masuk campur pun tak dapat buat apa. Last-last saya beli sendiri saja tiket yang mahal untuk balik Malaysia.

Masa tu saya 19 tahun. Masih naive. Yelah, budak lagi kan. Sejak dari itu saya hanya beli tiket daripada airline sendiri, atau daripada syarikat travel untuk student yang dipercayai & yang boleh dapat tiket serta-merta ataupun cepat.

Saya tengok yang kena scam kalini ada yg dah 30 tahun, 40 tahun. Allahumma... kesian.

Yelah dengan keadaan ekonomi tidak menentu, kadang kita nak pilih yang paling murah. Namun murah tidak semestinya terbaik. Kadang beli kena pakai otak, lepastu baru finalize dengan wang.

Metro Vienna, Australia

Saya akan bagi sedikit tips bagaimana untuk elakkan travel scam sebegini daripada terjadi lagi.

Beli direct daripada airlines atau syarikat travel yang berdaftar atau online travel agency (OTA) yang berdaftar dan reputable seperti kayak, expedia, skyscanner etc.

Kalau nak beli indirect sebab murah, tanya dia bagaimana dia dapat murah. Ada yang dapat murah sebab dia staff airlines, ada yang murah sebab pakai points, ada yang murah sebab dapat kuota murah.

Pastikan individu/syarikat yang anda beli daripada ada orang boleh bagi testimoni baik berkenaan servisnya, dan tiada penipuan, sesiapa terkandas atau apa-apa berkaitan.

Pastikan anda tahu channel untuk mengadu kalau rasa tertipu, jangan bergantung pada viral FB atau polis saja, duit tak dapat, travel tak dapat, tak puas hati sepanjang hayat. Kalau anda beli direct dengan airlines contohnya, anda boleh mengadu pada MAVCOM.

Beli daripada agensi travel berlesen, boleh lapor pada kementerian. Beli dengan agen, boleh mengadu pada airlines. Beli daripada individu/syarikat pelik, tiket pun tak dapat, nak mengadu kat siapa?

Tegaskan untuk dapat tiket cepat beserta booking number, serta-merta lebih baik. Paling lambat 3 hari bekerja (sepertimana agensi travel berdaftar buat).

Jangan terlampau nak murah segala-galanya sampai hilang kewarasan akal. Takde duit, takpe, kumpul dulu. Pergilah ke Indonesia atau Thailand dahulu, yang jauh lebih murah. Kali pertama nak travel terus nak pergi Jepun, Korea, Australia, Eropah, beli pulak tiket daripada orang pelik-pelik, memanglah berisiko tinggi!

Semua asas pengetahuan ini saya dah cover dalam buku Musafir Duniawi. All about common sense! Beli guna akal yah! Jangan otak kering sangat!

Dipersilakan share dengan rakan-rakan & keluarga anda supaya tiada siapa akan tertipu lagi.

- Siakap Keli

BACA: "Taktik ‘Scammer’ Persis Seorang Profesional Ini Telah Membuatkan Kami Menjadi Mangsa Ketika Travel Di India" - Pengembara
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli