Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Minum Susu Ketika Serangan Gastrik Berkemungkinan Besar Akan Jadikan Sakit Semakin Teruk' - Doktor ini Kongsi Apa Yang Patut Dibuat Jika Diserang Gastrik


Kebiasaannya, petua yang akan dilakukan oleh seseorang sekiranya itu diserang gastrik adalah dengan meminum susu.

Bagaimanapun, menurut seorang doktor yang menggunakan akaun Twitter @drwaque, meminum susu semasa serangan gastrik berkemungkinan besar akan menjadikan sakit semakin teruk.

"Minum susu semasa serangan gastrik berkemungkinan besar akan menjadikan sakit semakin TERUK. Susu menggalak perembesan asid. #Petua&Sains" tulis beliau di Twitter.

Dalam masa yang sama, DrSazOne juga turut menasihati pesakit agar meminum Gaviscon dan air kosong sahaja.

"Ketika serangan minum Gaviscon & air kosong sahaja. Teh tarik pun ada susu tau."

Namun DrSazOne berkata, biarpun begitu, susu bukanlah sesuatu yang negatif dan pengambilannya hanya tidak digalakkan ketika serangan gastrik sahaja.

"Semasa serangan gastrik je jangan minum. Pesakit gastrik jika tidak kena serangan boleh minum susu. Banyak khasiat susu."

DrSazOne atau nama sebenar beliau, Dr Sazwan Reezal, adalah pakar perubatan kecemasan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh dan merupakan salah seorang dari ahli MedTweetMY yang aktif di Twitter.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli