Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Menggunakan Agama Dan Mencemarkan Islam," Kenyataan Rasmi JAKIM Mengenai Perkhidmatan Valet Doa


KUALA LUMPUR: Menggunakan agama dan mencemarkan Islam itulah antara kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi mengulas kewujudan khidmat valet doa ke tanah suci yang menjadi viral di media sosial ketika ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tan Sri Othman Mustapha berkata, perkhidmatan valet doa atau upah membaca doa dan hajat di tanah suci berkenaan adalah menunjukkan unsur perniagaan serta menjaja dan menggunakan acara ibadah dan doa untuk tujuan perniagaan yang tidak dibenarkan oleh Islam.

Beliau turut menjelaskan doa adalah permohonan untuk pertolongan dan bantuan oleh seorang hamba kepada Allah SWT di mana Islam sangat menggalakkan umatnya untuk berdoa di mana sahaja mereka berada tetapi perlu menepati syarat dan adab agar ia dimakbulkan oleh Allah SWT sebagaimana yang dinyatakan oleh para ulama.

"Adalah sangat tidak wajar doa dijadikan produk atau perkhidmatan komersial kerana ia mempergunakan agama untuk habuan dunia dan mencemarkan kesucian agama Islam." 

"Hak termakbulnya doa adalah milik Allah SWT semata-semata, bukan terletak kepada manusia. Ia tidak boleh diqiyaskan dengan badal haji kerana bukan haji mabrur yang diupahkan tetapi amalan badal haji itu sendiri yang boleh menerima upah. Tidak wajar mana-mana individu menjamin doanya akan dimakbulkan Allah SWT. "

"Pakej valet doa ini jelas menunjukkan unsur perniagaan serta menjaja dan menggunakan acara ibadah dan doa untuk tujuan perniagaan yang tidak dibenarkan oleh Islam" katanya.

Oleh itu beliau mengingatkan umat Islam agar sentiasa berwaspada dan tidak terpedaya dengan individu atau pertubuhan yang menawarkan pakej khidmat valet doa (servis doa) di kota suci Makkah dengan harga tertentu termasuk harga diskaun.

"Jakim juga menyarankan agar umat Islam memberikan maklumat kepada Jakim dan Jabatan-jabatan Agama Islam Negeri sekiranya timbul sebarang keraguan atau kemusykilan terhadap sesuatu isu seperti ini demi menjaga kemaslahatan dan kesucian Islam di negara ini.," jelas beliau. - Siakapkeli.my

BACA: "Rupa-Rupanya Upah Berdoa Ke Tanah Suci Betul-Betul Berlaku," Reaksi PU Rahmat Selepas Hubungi Pekhidmatan Perantaraan Doa
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli