Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Membeli Kenderaaan Lelong, Ilmu Ini Anda Harus Fahami Terlebih Dahulu, Sebelum Membuat Keputusan Untuk Membelinya

No Comment

Mungkin ada di luar sana yang mempunyai keinginan untuk membeli rumah lelong, dan merasakan ia adalah pilihan yang baik buat masa ini, kerana kebanyakan rumah lelong adalah di bawah harga pasaran. Dan jika mahu membeli rumah lelong, anda juga perlu tahu cara yang betul untuk melakukannya.

BACA: Mudahkah Urusan Pembelian Hartanah Lelong, 9 Panduan Ini Merungkai Persoalan Anda Mengenai Hartanah Lelong

Begitu juga dengan membeli kereta yang dilelong, terdapat langkah-langkah, atau tip yang perlu diikuti supaya anda tidak rugi, dan dapat melakukan urusan jual beli dengan mudah. Berdasarkan tip yang dikongsikan oleh saudara Encik Kamal, terdapat beberapa langkah yang harus diikuti dalam membeli kenderaan lelong.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.


Kenderaan Lelong

Process flow.

1. Sebelum

Sebelum memasuki proses lelongan kenderaan, mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat berkaitan senarai kenderaan dan tarikh lelongan di beberapa website. 

Berdasarkan kepada senarai dan tarikh, mereka yang berminat boleh melihat kenderaan di stor-stor yang dinyatakan di dalam iklan berkenaan.

Kenderaan-kenderaan ini perlu di buat pemeriksaan bagi memastikan kenderaan yang bakal di bida dalam keadaan yang memuaskan dan paling penting adalah no siri kenderaan dan no siri enjin adalah sama seperti yang termaktub di salinan geran kenderaan berkenaan. Sekiranya terdapat perbezaan mungkin kenderaan berkenaan telah dibuat pengubahsuaian tanpa kebenaran.

2. Hari Lelongan

Setelah berpuashati dengan keadaan kenderaan dan berminat untuk masuk lelongan, kita perlu membuat persediaan untuk hari lelongan.
           
Semasa hari lelongan, pembida perlu menyediakan deposit seperti yang dikehendaki. Syarat-syarat berkaitan deposit mungkin berbeza diantara satu rumah lelongan dengan rumah lelongan yang lain.

Terdapat rumah lelongan memberi kebenaran menggunakan tunai dan credit card untuk tujuan deposit untuk membida. Jumlah deposit bidaan berbeza untuk kereta dan motor.

Semasa pendaftaran, deposit perlu diserahkan untuk membolehkan pembida memasuki lelongan. Selepas pendaftaran, kad bidaan bernombor akan diserahkan dan anda sudah boleh menunggu kenderaan yang ada minat untuk lelongan.

3. Anda Pembida Berjaya


Sekiranya anda berjaya membida pada hari lelongan, satu dokumen kontrak akan diserahkan kepada anda. Didalam dokumen berkenaan dinyatakan harga yang anda menang dan baki yang perlu dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan.

Sekiranya tewas tidak perlu bimbang, deposit anda dikembalikan sepenuhnya.

4. Pasca Kemenangan

Seusai menang lelongan, kenderaan berkenaan hendaklah di buat pemeriksaan oleh pihak puspakom bagi memastikan ia sah dan selamat digunakan. Ia boleh dilaksanakan secara on site inspection oleh pihak puspakom dengan sejumlah bayaran yang ditetapkan. 

Sekiranya kenderaan gagal dalam pemeriksaaan oleh puspakom maka pihak pembida boleh menuntut kembali deposit yang telah dibayar dengan syarat kenderaan dibuat inspection oleh wakil pihak lelongan.

Tiada deposit dikembalikan sekiranya pemeriksaan kenderaan dibuat selepas keluar dari rumah lelongan.

Selepas dokumen puspakom diperolehi, baki bayaran perlu dibuat kepada pihak bank atau institusi kewangan dimana kenderaan berkenaan di beri biaya.

Selepas semua pembayaran dijelaskan, pihak pembiaya pinjaman akan memberikan segala dokumen yang diperlukan untuk tujuan pendaftaran kenderaan berkenaan kepada pemilik yang baru.

Dokumen berkenaan dan pemilik yang baru perlu di bawa ke JPJ untuk tujuan pertukaran nama. Pastikan sebelum ke JPJ, kenderaan berkenaan telah di insuran ke penama pemilik yang baru sebelum geran dan cukai jalan dikeluarkan oleh pihak JPJ.

Setelah selesai pertukaran nama dan geran serta cukai jalan diperolehi maka kenderaan berkenaan sudah boleh bergerak di atas jalan.

Pastikan anda servis kenderaan berkenaan bagi memastikan ia selamat dari sebarang kerosakkan kerana kenderaan ini lama terbiar dan terdedah di dalam stor yang terbuka.

Sekian.


Tips Tambahan Berkaitan Kos

1. Semak harga pasaran kenderaan sebelum membida apa-apa kenderaan bagi memastikan kenderaan dibida tidak melebihi harga pasaran.

2. Bawa mereka yang pakar berkaitan enjin kenderaan, tidak mengalami kerosakan kritikal yang boleh menambah kos pemilikan kenderaan

3. Anggaran kos untuk caj lelongan, pertukaran nama, insuran baru, kos runner untuk puspakom dan JPJ adalah RM1500 (kos untuk kereta puan bibah saya)

Important Note

Mohon saya tambah utk manafaat bersama. Loan tidak boleh dibuat sama sekali. samada selepas tender dimenangi. Ini kerana di dalam kontrak tender, selama 14 hari perlu diselesaikan oleh pembida yang menang, dan pihak bank TIDAK akan memberi pinjaman.

Tiada istilah yakin boleh lulus bank, ini kerana pihak bank TIDAK akan sesekali memberi pinjaman ke atas kenderaan lelongan. Kecuali pihak pembida membuat pinjaman peribadi untuk settlekan baki bayaran tertunggak kenderaan tersebut. Saya harap dapat membantu.

- Siakap Keli



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli