Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

MB Terengganu Hadiahkan Nombor Plat 'TN50' Kepada PM



DUNGUN, 27 Feb: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman akan menghadiahkan nombor plat TN50 kepada Perdana Menteri, Najib Razak, lapor BH Online.

Menurut Razif, nombor tersebut adalah sebagai menghargai cetusan idea Perdana Menteri berhubung Tansformasi Nasional 2050 (TN50).

"Nombor pendaftaran itu adalah kepunyaan saya dan jika anda mencari pemilik TN50 ini di laman web Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), anda akan menemui nama Ahmad Razif Abd Rahman.

"Sebagai menghargai cetusan idea Perdana Menteri itu, saya akan menghadiahkan nombor TN50 kepada Perdana Menteri, " katanya.

Sebagai rekod, nombor pendaftaran di Terengganu bermula dengan huruf T.

Sumber: BH Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli