Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Matikan Salah Satu Daripada 3 Elemen Penyebab Kebakaran, Juga Ikuti Langkah Ini Untuk Menyelamatkan Diri Ketika Berlaku Kebakaran

No Comment

Kebakaran boleh terjadi tanpa kita duga, mungkin disebabkan litar pintas, atau sewaktu menggunakan lilin ketika tiada bekalan elektrik, mahu pun ketika sedang memasak. Melakukan tugasan, atau menggunakan sesuatu yang boleh menyebabkan kebakaran perlu diuruskan dengan cermat sekali.

BACA: Periuk Atau Kuali Disambar Api Ketika Sedang Memasak? Ikuti Langkah Ini Bagaimana Untuk Memadamkan Api Dengan Selamat

Langkah berjaga-jaga harus diambil serius oleh kita semua bila berhadapan dengan situasi ini, ketahui apa tindakan yang perlu dilakukan, dan bagaimana untuk menyelamatkan diri.

Sewaktu di sekolah, atau di pejabat sekali pun kita telah berhadapan dengan latihan kebakaran, dan kita sepatutnya ambil serius dengan perkara sedemikian agar mampu bertindak dengan betul sekiranya berhadapan dengan kebakaran.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, saudara Iqbal Rosali telah kongsikan akan tatacara keselamatan mengenai kebakaran, mari kita ikuti perkongsian darinya.


Tatacara Keselamatan Ketika Kebakaran Dan Menggunakan Pemadam Api

Jumaat lepas kami warga pergigian mengadakan sesi bersama pegawai bomba tentang tatacara keselamatan ketika kebakaran dan menggunakan pemadam api. Kebetulan beberapa hari sebelumnya telah berlaku insiden tragis empat mangsa maut kerana terperangkap dalam kebakaran di Subang Jaya.

Aku kongsi apa yang disampaikan dalam sesi hampir 2 jam itu;

1. Fire Triangle

Kebakaran terjadi apabila wujud 3 elemen ini iaitu haba, bahan bakar (seperti minyak) dan oksigen. Matikan salah satu ini boleh memadamkan kebakaran


2. Penggunaan Pemadam Api

a) Goncang tong pemadam api sebelum digunakan. Jika berat, hanya terbalikkan sahaja tong itu. Ini dilakukan untuk mencampurkan serbuk pemadam api dengan tekanan udara di dalam tong supaya mudah untuk disemburkan.

b) Tong pemadam api direka hanya untuk sekali guna sahaja. Ada Tolok ditandakan hijau dan merah sebagai indicator. Ada juga tolok yang ditandakan merah, kuning dan hijau.
Sekiranya jarum tolok pada warna merah, bermakna pemadam api sudah digunakan atau tekanan udara tidak mencukupi. Jangan digunakan pemadam api ini.

c) Pastikan diri membelakangi pintu yang paling hampir dengan anda ketika membuat semburan.
Jika kebakaran berlaku di kawasan terbuka, semburan dilakukan mengikut arah angin.

d) Semburan dilakukan tinggi sedikit dari punca api. Tujuannya adalah supaya serbuk pemadam api itu jatuh dan menutup punca api. Lakukan semburan dalam corak zigzag.

e) Jenis pemadam api yang sesuai apabila melibatkan barangan elektrik adalah CO2 berbanding serbuk ABC.


3. Apabila berlaku kebakaran

a) Tempoh 3-4 minit bermulanya kebakaran adalah tempoh di mana asap hitam mula berkumpul; 5-8 minit berikutnya api mula merebak.

b) Selain daripada rentung dan melecur, mangsa boleh meniggal dunia disebabkan menghidu kepulan asap yang tebal. Oleh itu tinggalkan bangunan atau kediaman dan jangan sesekali masuk semula.

c) Sekiranya asap tebal, rendahkan badan untuk mencari jalan keluar. Merangkak atau meniarap dan rapatkan diri ke dinding. Gunakan belakang tapak tangan sebagai panduan. Elakkan menggunakan tapak tangan supaya tidak tergenggam sesuatu yang berbahaya seperti wayar elektrik yang terdedah.

d) Sekiranya sampai ke pintu terdekat, rasa permukaan pintu itu jika boleh. Jika panas, ada kemungkinan api berada di sebalik pintu tersebut. Jangan buka. Sebaliknya cuba cari pintu terdekat yang lain.

e) Apabila menjumpai tangga, turun tangga secara mengundur.

Semoga kita semua dijauhkan daaripada kecelakaan seperti kebakaran ini dan sentiasa berada di bawah perlindungan-Nya.

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli