Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Letak Harga Murahlah, Mesti Ramai Yang Nak Sewa Nanti, Pemikiran Sebegini Adalah Salah, Anda Harus Kenali Kategori Penyewa Dahulu, Baru Tetapkan Kadar Sewaan

No Comment

Menjadi tuan rumah kepada rumah yang akan disewakan kepada penyewa sudah pasti mempunyai pelbagai aspek yang harus difikirkan, ia bagi memastikan rumah anda menjadi pilihan utama buat penyewa.

Persaingan dari tuan rumah yang lain pasti akan ada, jadi anda sebagai tuan rumah harus memberikan yang terbaik buat penyewa, agar rumah anda dipilih oleh mereka.

Namun begitu, ciri-ciri rumah sewa yang bagimanakah akan dipilih oleh penyewa untuk mereka duduki, bolehkah ianya hanya dinilai oleh kadar sewaan yang murah sahaja? Untuk menjawab pertanyaan tersebut, saudari Aqil Awliya kongsikan apakah aspek yang harus diberi penekanan oleh tuan rumah dalam memastikan rumah anda dipilih oleh penyewa, mari kita lihat aspek-aspek tersebut.


RUMAH SEWA IDAMAN KALBU

Pagi tadi si gadis cantik bertanya, apakah ciri-ciri rumah yang diidamkan penyewa. Adakah disebabkan kadar sewanya murah?

Akak kurang bersetuju jika rumah sewa dinilai atas dasar kadar sewaan semata-mata. Ramai juga rakan yang akak kenal sanggup membayar ribuan ringgit untuk rumah sewa.

Ini kerana trend hipster sekarang adalah, kita sanggup membayar lebih selagi rasa berbaloi. Sebab tu ramai je yang sanggup lepak di kedai makan hipster yang kopinya rega puluhan ringgit berbanding lepak di mamak kan? Kan? Kan?

Yang paling utama adalah kenali kategori penyewa seperti contoh:

1. Student / bujang - harga sewa wajib berpatutan

Pastikan rumah dilengkapi katil, almari, Astro dan wifi berkelajuan tinggi. Ini adalah added value. Dizaman ini tanpa Internet, penyewa bujang boleh meninggal tau.. Ehh! Haha

2. Pasangan baru kahwin - harga pada kadar sederhana

Pastikan rumah tersedia kemudahan asas seperti dapur, mesin basuh dan peti sejuk. Kalau boleh parking berbumbung. Rumah pulak bercat cantik. Suka lah pasangan yang baru kahwin ni. Maklumlah, hati masih berbunga, semangat untuk menghias rumah sangat berkobar-kobar.

3. Pasangan yang memiliki anak 

Kalau berdekatan dengan taska, sekolah, taman permainan dan pasaraya, sure happy lah penyewa dengan rumah sebegini. Kawasan kejiranan pula selamat dan tidak bising. Lompat ke Zuhal bakal penyewa kalau jumpa rumah sewa sebegini.

4. Pasangan pesara 

Eh, Jangan ingat bersara pun tak ada yang menyewa. Ramai je dah bersara belum punya rumah sendiri. Mungkin zaman dulu tak de Fesbok dan belum lahir wanita yang membebel hari-hari cam akak. Pesara sukakan kejiranan Melayu dan kalau ramai geng veteran area situ memang best. Ye la petang-petang boleh juga bergossip celah pagar sambil siram pokok orkid. Kalau dekat dengan masjid, pasaraya dan hospital pun bagus juga.


Setelah menilai ciri-ciri penyewa akak dan beberapa rakan, akak fikir berikut adalah senarai pendek rumah sewa idaman kalbu :

 Kondisi rumah yang berbaloi dengan kadar sewa
 Berdekatan dengan tempat kerja
 Persekitaran yang bersih dan selesa
 Kejiranan Melayu yang selamat
 Tiada risiko banjir, pecah rumah, tanah runtuh
 Dekat dengan pengangkutan awam lagi bagus
 Kemudahan parking pun added value juga
 Berdekatan sekolah, pasaraya, hospital
 Perkara asas seperti tempat memasak, mencuci
 Lifestyle facilities e.g wifi, gym, swimming pool (bergantung kepada kategori penyewa)
 Tuan rumah yang bertolak ansur. Kalau penyayang cam akak lagilah pujaan hati.

Okay, awal-awal bulan ni akak kejarkan prepare report Exco meeting. So, setakat ni je yang terfikir di minda. Kalau anda punya point tambahan, mohon share agar rakan lain mendapat ilmu.

Ingin beli rumah pelaburan pertama? Kini anda sedikit sebanyak tahu bagaimana memilih RUMAH SEWA IDAMAN KALBU khas buat bakal penyewa anda.

Jangan lupa tau. Cari rumah pertama yang penyewa mahu, bukan rumah pertama yang anda mahu.

Jaga diri dan jangan lunch lewat ya. Salam sayang dari akak yang kuat bebel.

#kongsiilmu
#learnfromobservation

- Siakap Keli

BACA: Tidak Perlu Naikkan Sewa Rumah, Tetapi Anda Masih Boleh Dapatkan ‘Cash Flow’ Yang Positif, Ini Cara Yang Boleh Dilakukan
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli