Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Penggal Kepala Isteri Curang Selepas Tangkap Isteri Bersetubuh Dengan Kekasih Dalam Pondok


Seorang petani bertindak memenggal kepala isterinya dengan sebilah pedang dan mengarak kepala itu sejauh lapan kilometer.

Tindakan itu dibuat oleh lelaki berkenaan selepas dia bengang apabila menemukan isterinya tidur dengan lelaki lain buat kali ketiga.

Lelaki berusia 38 tahun itu kemudiannya ditahan atas dakwaan membunuh isterinya yang berusia 28 tahun di tengah-tengah sebuah padang.


Saksi yang melihat kejadian menceritakan bagaimana lelaki itu berjalan menuju ke balai polis terdekat dan memberitahu pegawai polis: 'Isteri saya telah mengkhianati kepercayaan saya.

"Inilah sebab mengapa saya memenggalnya. Saya telah memberi amaran kepadanya dua kali tetapi dia degil."

Penduduk tempatan berkata lelaki itu menemukan isterinya dengan kekasih dua kali sebelum memberikan amaran keras jika mereka melakukan hubungan intim lagi.

Pada 30 Januari, lelaki itu menangkap isterinya bersama kekasih di dalam sebuah pondok dan menyerang kerana berang.

Pegawai polis, Vijay Khatri berkata: "Lelaki berkenaan mempunyai syak wasangka terhadap karakter isterinya - bahawa dia (isteri) mempunyai hubungan intim dengan lelaki lain.

"Pada 30 Januari, dia menangkap isterinya bersama kekasih dan dalam keadaan berang, memenggal kepala si isteri.



Sumber: Metro.co.uk
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli