Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Juga Boleh Didominasi Dengan Hormon Estrogen (Kewanitaan), Yang Boleh Menyebabkan Payu Dara Lelaki Menonjol, Serta Perut Buncit, Ini Punca Ianya Berlaku

No Comment

Lelaki dan wanita mempunyai perbezaan yang tersendiri, masing-masing mempunyai perbezaan yang ketara jika dapat dilihat pada tubuh mereka sendiri. Mengikut pada sistem, wanita akan mempunyai chromosom yang sama, iaitu XX, manakala bagi lelaki pula adalah XY.

Sejak dari itu jugalah kedua-duanya mempunyai perbezaan, dan ia merupakan sistem biologi dalam diri kita. Begitu juga dengan hormon, yang mana bagi lelaki mempunyai hormon testosteron, dan wanita pula hormon estrogen.

Tapi, adakah mustahil untuk hormon estrogen (kewanitaan) mendominasi hormon testosteron (kejantanan), apakah petanda yang berlaku pada tubuh sang jejaka pula? Bagi menjawab pertanyaan tersebut, saudara Hafiz Sulaiman kongsikan mengenai hormon estrogen ini. Mari kita ikuti perkongsian darinya.


"WANITA" YANG MENDOMINASI

Wahai kaum lelaki....

Adakah anda selalu penat dan lesu?

Anda buncit? Dada menggelebeh?

Berat payah nak turun?

Muka dan badan mungkin berjerawat juga bukan?

Harapnya anda belum lagi didominasi "naluri kewanitaan" anda

Ini ialah kesan dominasi hormon kewanitaan (estrogen) di dalam badan anda. Walaupun ia tidak diiktiraf sebagai penyakit oleh perubatan zaman moden, kesannya dapat dilihat berleluasa.

Kesan berleluasa ini mungkin kerana pendedahan terhadap toksin persekitaran xenoestrogen yang berleluasa zaman moden ini.

Toksin persekitaran atau xenoestrogen terkandung daripada pencemaran bahan kimia dan logam berat.

Ia mencemarkan minuman dan bahan jagaan harian anda seperti sabun, shampoo pewangi dan deodoran mengganggu sistem hormon badan anda, terutamanya hormon estrogen iaitu hormon kewanitaan. Maka beralihlah kepada bahan organik yang insha Allah lebih selamat dan tidak syubhah

Toksin xenoestrogen meningkatkan ekspresi kewanitaan secara berlebihan dan mengurangkan hormon kejantanan iaitu hormon testosteron.
Sindrom dominasi hormon estrogen pada lelaki dikaitkan dengan:

1) Meningkatkan risiko strok dan sakit jantung.
2) Mati pucuk. Kurang nafsu dan kurang ereksi pagi
3) Sperma kualiti dan kuantiti berkurangan.
4) Buncit perut
5) Payudara lelaki yang menonjol
6) Selalu sakit kepala, penat dan lesu
7) Prostat bengkak. Risiko kanser prostat meningkat.
8) Jerawat muka dan badan.
9) Ruam alergi dan hipersensitif.
10) Rambut gugur
11) Testis (telor) jadi kecut.


Hormon estrogen yang tinggi meningkatkan penggandaan sel-sel pada organ peranakan dan kewanitaan.

Komplikasi toksin ini yang dikaitkan wanita:

1) Menganggu hormon estrogen, mengakibatkan kitaran haid terganggu.

2) Mengganggu fungsi pembiakan serta nafsu seksual wanita.

3) Dikaitkan dengan ketumbuhan pada organ kewanitaan.

- Ketumbuhan payudara, benign atau kanser.
- Fibroid.
- PCOS (juga mengganggu kesuburan).
- Endometriosis & adenomyosis

4) Senggugut teruk.

5) Alergi dan hipersensitif.

6) Keputihan: Kajian menunjukkan kulat seperti Candida Albicans membiak dengan lebih cepat di dalam medium tinggi estrogen.

7) Jerawat: Hormon estrogen mengawal perembesan minyak kulit. Gangguan hormon dan stres dalaman menyebabkan pori tersumbat dan senang dijangkiti kuman p. Acne atau p. Folliculitis menyebabkan jerawat teruk.

Maka peliharalah organ detoksifikasi anda terutamanya hati. Elakkan toksin xenoestrogen dengan memilih bahan-bahan organik. Sama-sama kita tingkatkan kesedaran berkenaan toksin persekitaran yang makin berleluasa ini.


Mengimbangi Estrogen Berlebihan

Estrogen berlebihan mendatangkan kesan yang buruk kepada kesihatan.

Kesan estrogen pada lelaki boleh diimbangi dengan makanan anti estrogenik antaranya:

1) Sayuran cruciferous: Brokoli, cauliflower, kobis, kale, bok choy / Maca (herba)
2) Kunyit
3) Bawang merah & bawang putih
4) Cendawan
5) Quercetin
6) Chamomile
7) Resveratrol (anggur, pistachio, dark choc).


Selain pendedahan berlebihan terhadap toksin persekitaran xenoestrogen, berlebihan hormon kelakian juga boleh menyebabkan berlebihan hormon estrogen ini.

Walaupun terapi testosteron mampu meningkatkan hormon kelakian dan menghilangkan simptom kekurangan testosteron. Namun begitu, berlebihan hormon testosteron di dalam badan akan ditukarkan kepada hormon estrogen oleh enzim AROMATASE.

Maka tidak hairan, ramai yang cucuk steroid (testosteron) di gymnasium tu dapat simptom estrogen berlebihan. Tapi dengarnya sekarang mereka ni pandai block enzim aromatase ini juga.


Enzim aromatase yang menukarkan "hormon kejantanan" kepada "hormon kewanitaan" ini meningkat aktivitinya dengan:

1) Pertambahan usia (penuaan)
2) Obesiti
3) Insulin tinggi seperti pesakit diabetes.
4) Hormon gonadotropin.

Solusinya, jumpa doktor jika anda mempunyai masalah serius yang mungkin berkaitan dengan hormon estrogen yang tinggi. Saya tak terer bab hormon ni..saya terer refer saja

Anda juga boleh mencuba juga kaedah semulajadi untuk mengimbangi kembali hormon estrogen badan anda. Perkara mudah yang anda boleh lakukan ialah mengurangkan keradangan dan juga berat badan berlebihan. Insha Allah banyak masalah hormon tak stabil ini akan beransur pulih.

Nukilan,
Hafiz Sulaiman
-Pejuang Kesihatan-

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli