Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lebih 50 Dimasukkan ke Hospital Selepas Terdedah Kepada 'Bahan Yang Tidak Diketahui' di Lapangan Terbang Hambur



Lapangan terbang Hamburg ditutup dan dikosongkan selepas sekurang-kurangnya 50 pengunjung melaporkan mengalami kesukaran bernafas selepas terhidu 'bahan yang tidak diketahui'.

Perkara itu disedari apabila orang ramai mula mengadu sukar untuk bernafas selepas mereka menyedari ada bau pelik di lapangan terbang itu pada pagi Ahad, lapor Hamburger Morgenpost.

Bahan tersebut telah dijumpai ketika pemeriksaan keselamatan, kata seorang jurucakap polis kepada Reuters.

Selain kesukaran bernafas, terdapat juga mangsa yang mengadu merasa sakit di mata, katanya.

Satu sumber berkata bahan tersebut mungkin telah memasuki sistem pendingin hawa lapangan terbang itu.

Kini pihak berkuasa sedang menyiasat bahan tersebut.

Sumber: RT.com
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli