Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Keputusan SPM Diumum 16 Mac Ini - KP Pelajaran



PUTRAJAYA, 14 Feb: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 akan diumumkan pada 16 Mac ini, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr. Khair Mohamed Yusof.

Beliau mengeluarkan pengumuman tersebut selepas isu tarikh pengumuman peperiksaan itu menjadi viral di media sosial.

"Kementerian melaksanakan penjaminan kualiti bagi menjamin keputusan yang dikeluarkan tepat dan sahih demi keadilan kepada calon," katanya sebagaimana lapor Bernama.

Isu kerosakan mesin pemprosesan pembaca tanda optik dan kekangan kewangan membaik pulih mesin berkenaan yang menyebabkan Lembaga Peperiksaan terpaksa menunda pengumuman analisis keputusan SPM 2016 telah tular di media sosial baru-baru ini.

Menurut mesej yang viral sebelum ini, surat pekeliling bertarikh 12 Feb menyatakan pengumuman yang sepatutnya diadakan pada 2 Mac terpaksa ditunda kepada 16 Mac ini.

Sumber: Bernama
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli