Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kebesaran Penghulu Segala Hari, 7 Kelebihan Hari Jumaat Dan Mengapa Ia Waktu Yang Paling Mustajab Untuk Berdoa

No Comment

Jika menginginkan sesuatu kita sering kali akan berdoa, sama ada selepas solat, dan pada masa, juga tempat yang sesuai untuk berdoa. Ia adalah salah satu cara bagi kita untuk meminta dengan lebih ikhlas supaya hati lebih dekat padaNya.

Dalam pada itu juga, kita sering diperkatakan akan saat-saat yang mustajab untuk berdoa, seperti sewaktu hujan, atau di antara azan dan iqamat.

Tapi, bukan itu sahaja, bagi penghulu hari, iaitu hari Jumaat, ia merupakan salah satu hari yang baik untuk berdoa, dan menurut perkongsian dari Bahagian Dakwah JAKIM, terdapat beberapa kelebihan hari Jumaat, dan mengapa ianya adalah waktu paling mustajab untuk berdoa.

Mari kita ikuti perkongsian dari laman tersebut.


VALET DOA PERCUMA

Tak perlu buang duit untuk bayar valet doa mahal-mahal. Bid'ah semua tu..

Hari Jumaat ni, adalah hari yang afdhal untuk berdoa.

Diantara kelebihan hari Jumaat dan waktu yang paling mustajab doa:

1. Penghulu Segala Hari

Hari Jumaat penghulu segala hari,sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 

“Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah, iaitu hari yang lebih besar daripada Hari Raya Aidil-Adha dan Hari Raya Aidil-Fitri. Pada hari Jumaat itu terdapat lima kejadian, iaitu hari yang dijadikan Adam dan beliau diturunkan dari Syurga ke muka bumi dan pada hari itu juga wafatnya Adam, Allah mengurniakan satu saat doa-doa dikabulkan kecuali doa- doa maksiat dan pada hari Jumaat juga terjadi hari Kiamat”. (HR Ibnu Majah)

2. Menunaikan Solat Jumaat

Berwuduk, datang ke masjid, dengar khutbah Jumaat dan tidak bercakap-cakap menghapus dosa

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 

“Sesiapa yang berwuduk dan kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan Solat Jumaat, lalu mendengar (khutbah) dan tidak bercakap-cakap (ketika khatib berkhutbah), dihapuskan dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat dan hari Jumaat berikutnya”. (HR Muslim)

3. Doa Makbul

Doa makbul, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 

“Pada hari Jumaat terdapat satu waktu yang tidaklah seorang hamba yang memohon sesuatu kepada Allah melainkan Allah akan mengkabulkannya. Carilah ia di akhir waktu selepas Asar”. (HR Abu Daud)


4. Menghapus Dosa

Solat Jumaat menghapus dosa, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 

“Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat dan Ramadan ke Ramadan, semuanya adalah penghapus dosa-dosa di antara kedua-duanya selama dosa-dosa besar tidak dikerjakan”. (HR Imam Muslim)

5. Doa Makbul Di Antara Dua Khutbah

Doa makbul di antara dua khutbah, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 

“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (HR At-Tirmizi)

6. Hari Yang Paling Baik

Jumaat hari paling baik, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 

“Hari paling baik di mana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaat, pada hari itu Adam AS diciptakan, dan pada hari itu pula Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi pada hari tersebut terdapat suatu waktu di mana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintaannya.” (HR Muslim)

7. Mandi Hari Jumaat

Mandi hari Jumaat, Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhu berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 

“Hari ini adalah hari besar yang Allah tetapkan bagi Umat Islam, maka siapa yang hendak menghadiri solat Jumaat hendaklah mandi terlebih dahulu.” (HR Ibnu Majah)

Gunakan ruang waktu tu untuk submit doa kita..

Percuma pulak tu..

#salamjumaat
#BahagianDakwahJakim

- Siakap Keli



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli