Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kasut PUMA Ini Dicari Orang Ramai Selepas Ditayang oleh The Weeknd

The Weeknd bersama kasut PUMA IGNITE Limitless

Apabila kasut keluaran PUMA ditayang oleh The Weeknd menerusi video promosinya, ia mula menjadi perhatian ramai dan ingin mendapatkan kasut yang sama.

Kasut PUMA IGNITE Limitless tersebut dipakai oleh penyanyi dan penulis lagu popular itu menerusi video yang berjudul "Run the Streets" yang baru sahaja ditayangkan baru-baru ini.

Mengadaptasikan tema kasut tersebut, video ini memaparkan kasut sneakers yang sesuai bagi mereka yang suka bergaya pada masa yang sama sesuai digunakan untuk melakukan aktiviti sukan.

Data dari Google menunjukkan, kasut itu mula menjadi buruan ramai apabila carian telah mencecah 100 mata setelah video tersebut di tayangkan baru-baru ini.


Data dari Google Trends.



Terdapat tiga warna yang dikeluarkan dalam siri PUMA IGNITE Limitless tetapi warna hitam menjadi pilihan yang paling popular kerana ia juga merupakan warna yang menjadi pilihan selebriti-selebriti ternama termasuk pemain bola, Olivier Giroud.



Menurut laman Facebook Puma Malaysia, kasut itu baru sahaja tiba ke Malaysia dan dijual pada harga RM599.

Berdasarkan laman web PUMA, kasut ini boleh didapati di kedai PUMA di Pavilion, KLCC, NU Sentral, The Gardens, Bangsar Village II, One Utama, Sunway Pyramid, AEON Bandaraya Melaka, Gurney Paragon, Queensbay, Komtar JBCC, Genting, Palm Mall, Putra Mall), Al-Ikhsan (15 kedai terpilih), Royal Sporting House (One Utama, Stadium KLCC & Stadium Pavilion), LEA Sports (CityOne Megamall Kuching, Sarawak Plaza), Original Classic (Setia City Mall), Life Habitat S/B (Prai), Jade Eservices Malaysia Sdn Bhd, Sunlight dan M Corporate.
Adakah kasut PUMA IGNITE Limitless ini akan mencetuskan trend kasut terbaru yang menjadi kegilaan ramai?

Untuk gambar-gambar PUMA IGNITE Limitless, sila layari https://www.facebook.com/PUMAMalaysia atau Google sahaja PUMA IGNITE Limitless.

Artikel ini dibawa oleh PUMA Malaysia
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli