Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Ini Fitnah Terhadap Saya" - Jamal Nafi Keluar Kenyataan Seru Orang Ramai Serbu Pejabat PM



KUALA LUMPUR, 1 Feb - Pengerusi Gerakan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos menafikan bahawa beliau menyeru orang ramai supaya menyerbu pejabat Perdana Menteri di Putrajaya esok bagi membantah kenaikan harga minyak.

Jamal menerusi Facebooknya menjelaskan bahawa info tersebut adalah dalam satu akaun Facebook palsu yang menyamar sebagai dirinya.

"Fitnah terhadap saya. Tiada kenyataan pun yang saya keluarkan berkaitan di bawah ini. Harap maklum jangan terpedaya." tulis beliau di Facebook.

Selain itu, Jamal juga meminta agar pihak SKMM mengambil tindakan terhadap akaun Facebook palsu itu.

"Link akaun palsu yang mengunakan nama saya. Saya mohon  SKMM ambil tindakan yang sewajarnya." kata beliau.

Kenyataan dari akaun palsu Jamal.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli