Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Hilang Dari Rumah Di Kanada Tahun 2012, Dijumpai Dalam Hutan Amazon Di Brazil, Berjalan Kaki Tanpa Kasut Sejauh 10,460 KM


Seorang lelaki Kanada yang dilaporkan hilang dari rumah lima tahun lalu telah dijumpai dalam keadaan tidak terurus di dalam hutan Amazon di Brazil, lapor Daily Mail.

Anton Pilipa yang disyaki mengalami Skizofrenia dikatakan telah merentas antara dua buah benua, berjalan kaki kebanyakkan tanpa kasut sejauh 6,500 batu (10,460 km) dari rumahnya di Vancouver dan dengan sedikit pakaian tergantung di belakangnya pada tahun 2012 lalu.


Keluarganya telah cuba mencarinya sejak bertahun lalu namun gagal menyebabkan mereka hampir berputus asa, namun satu panggilan yang diterima sebelum Krismas lalu yang memberitahu Pilipa berada di Brazil membuatkan harapan mereka menjumpai Pilipa semakin cerah.

Semasa dalam perjalanannya, dia dikatakan telah memakan makanan dan mendapat pakaian daripada tong sampah, memetik buah-buahan hutan yang dijumpainya, dan turut bergantung pada kebaikan orang yang tidak dikenalinya.

Ketika ditemui oleh pihak polis Brazil di dalam hutan, dia tidak mempunyai sebarang pengenalan diri di mana keadaannya sungguh tidak terurus.

Pihak kedutaan Kanada di Brazil dengan kerjasama beberapa agensi antarabangsa telah menerbangkan keluarganya ke negara berkenaan baru-baru ini untuk menemukan mereka semula.


Abang Pilipa, Anton Stefan menyatakan dia amat terkejut dengan menerima berita adiknya dijumpai di Brazil.

'Saya betul-betul terkejut kerana kami telah menghabiskan masa bertahun-tahun mencarinya, di mana dia, apa yang telah terjadi kepadanya, saya amat kagum yang dia masih hidup walaupun merentasi jarak yang cukup jauh."

"Sebelum ini kami sudah hampir berputus asa, berfikir adakah dia sudah mati," katanya.


Dengan penemuannya di Brazil ini, Pilipa telah mengembara melalui sekurang-kurangnya sepuluh negara dari Kanada, termasuk Amerika Syarikat, Mexico, Guatemala, Costa Rica, Panama, Colombia, Venezuela, Argentina dan Brazil di mana semua dia masuk tanpa sebarang pasport dan dengan hanya sedikit pakaian di belakangnya.

Apa yang menarik perjalananya ini telah melalui kawasan hutan Amazon sejauh 800km yang penuh bahaya seperti labah-labah beracun, ular, caiman yang boleh membesar sehingga 20 kaki panjang dan jaguar.

Menurut Stefan lagi, adiknya telah berjalan untuk memenuhi satu misi pelik yang menyelubungi fikirannya iaitu perlu ke Perpustakaan Negara Buenos Aires di Argentina.


Namun, apabila sampai dia tidak dibenarkan masuk kerana tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan diri menyebabkan dia telah berjalan sehingga ke Brazil sehinggalah dijumpai di dalam hutan Amazon. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli